10 Sebab Mengapa Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB

Saya memang tertarik sangat dengan Pakej Confinement ni. Rasa teruja nak bersalin apabila ada penjagaan rapi oleh bidan terlatih. Dan apabila Projek Spa TWB telah upgrade skill kepada perkhidmatan penjagaan Berpantang, saya sangat teruja untuk belajar ilmu ini. Inilah antara salah satu keunikan TWB yang korang perlu tahu, sentiasa upgrade skill untuk memberikan yang terbaik kepada customer.

Hari ni saya nak share 10 Sebab Mengapa Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB.

 

1. Pakej Berpantang TWB menggabungkan elemen tradisional.

Pakej Berpantang TWB menggabungkan elemen tradisional. Pada zaman moden ini penjagaan berpantang selepas melahirkan sudah tidak ditiik beratkan lagi. Tambahan pula kesukaran untuk mencari bidan kampung dikawasan bandar yang menjadi punca kepada terputusnya rawatan tradisional.

Pakej Berpantang TWB menyediakan perkhidmatan perbidanan tradisional seperti berurut, bertungku, pemakaian bengkung, pilis, param dan mandian air rebusan herba. Ramai wanita beranggapan rawatan tradisional selepas bersalin adalah rumit terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Justeru, pakej berpantang TWB ini membawakan khas kepada wanita rawatan tradisional secara exclusive.

 

Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : berurutr

Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : berurut

Antara kepentingan rawatan penjagaan berpantang tradisional ini ialah:

  1. Memulihkan kembali ketegangan urat semasa proses kehamilan dan proses bersalin.
  2. Memberi kesegaran kepada ibu yang baru lepas bersalin dengan mandian air rebusan herba.
  3. Memulihkan tenaga dalaman yang banyak digunakan semasa proses meneran bayi.
  4. Mengelakkan perut buncit selepas bersalin melalui kaedah bertungku dan pemakaian bengkung.
  5. Mengeluarkan darah beku dan melancarkan peredaran darah.
  6. Mengelakkan darah naik ke kepala yang boleh menyebabkan meroyan.
  7. Menjarakkan tempoh kelahiran seterusnya.

 

2. Pakej Berpantang TWB menggabungkan elemen moden.

Pakej berpantang TWB juga turut menggabungkan elemen moden. Elemen moden ini lebih menekankan kepada rawatan moden bagi ibu-ibu yang sukar untuk mendapatkan bekalan jamu tradisional terutamanya mereka yang tinggal dibandar. pakej tradisional digabungkan dengan moden menggunakan Set Berpantang Shaklee.

Tambahan pula, dikhuatiri jamu tradisional ini sudah tidak lagi tulen dan kebanyakkannya sudah dicampur dengan bahan sintetik dan bukannya bahan asli semulajadi. Justeru keadaan ini lebih memudaratkan kepada ibu dan si manja.

Pakej Berpantang TWB dengan gabungan elemen moden ini mampu memberi kelainan kepada ibu yang baru lepas bersalin. Berbentuk tablet. cara makan yang lebih mudah, dan tidak perlu dibancuh. Semuanya boleh dinikmati semudah ABC tanpa meloyakan.

Antara kelebihan Pakej Berpantang TWB ialah:

  1. Ibu lebih cergas dan sihat.
  2. Proses pemulihan lebih cepat.
  3. Penghasilan susu ibu yang banyak.
  4. 100% bahan semulajadi.
  5. Produk yang berkualiti dan mempunyai kajian klinikal.

 

3. Terapis Pakej Berpantang TWB Mempunyai kepakaran dalam bidang perbidanan

Semua terapis TWB mempunyai kepakaran kerana dilatih secara exclusive oleh pakar perbidanan kampung yang diiktiraf dan mempunyai pengalaman lebih 21 tahun dalam bidang perbidanan. Semua terapis perlu menjalani latihan dan buat secara praktikal secara one to one sebelum disahkan layak untuk membuat pakej berpantang TWB.

Selain dilatih secara exclusive, terapis juga dibimbing untuk membuat param dan pilis dengan gabungan ramuan tradisional dan moden. Pembuatan param dan pilis ini menunjukkan betapa terapis perbidanan TWB komited dengan Pekej yang akan mereka sediakan.

 

Pakej Berpantang TWB: Pembuatan Param dan Pilis secara Tradisional

Pakej Berpantang TWB: Pembuatan Param dan Pilis secara Tradisional

 

4. Pakej Berpantang TWB juga pada harga yang berpatutan dan sangat murah berbanding pakej yang ada diluar sana.

Pakej harga yang ditawarkan memang berbaloi dan harga waras serta harga mampu milik. TWB lebih mementingkan kualiti kesihatan ibu selepas bersalin daripada keuntungan. oleh itu, kami hanya letakkan standard harga yang sama dan mampu milik untuk ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak dan kos rawatan tidak terlalu membebankan.

Pekej Berpantang TWB bukan sahaja rawatan tradisional malah, set rawatan sekaligus dengan vitamin Set Berpantang dan menyusu. All in. Siap semua, ibu-ibu dah tak perlu nak fikir dari mana boleh dapatkan jamu. Sangat Beruntung ibu-ibu yang boleh menikmati pakej menarik dalam satu harga.

Pakej Berpantang TWB

Pakej Berpantang TWB

Pakej Berpantang TWB

Pakej Berpantang TWB

Pakej Berpantang TWB

Pakej Berpantang TWB

5. Pakej Berpantang TWB juga menempatkan terapis hampir di seluruh negeri.

Kini anda tidak perlu lagi risau untuk mencari mak bidan kampung kerana terapis berpantang TWB sudah ada diseluruh negeri. Anda boleh terus hubungi terapis untuk mendapatkan perkhidmatan terus ke dalam rumah anda dan harga yang ditawarkan sangat-sangat berbaloi.

Kami mempunyai team gerak kerja yang ramai untuk membantu anda yang mempunyai masalah untuk mendapatkan perkhidmatan Confinement pada harga standard yang berpatutan.

 

6. Pakej Berpantang TWB menyediakan pembelajaran secara bermodular kepada semua terapis Spa

Pakej yang ditawarka oleh terapis TWB sangat menarik dan berbeza kerana pembelajaran berpantang berbentuk modular atau modul. Modul ini direka khas sebagai garis panduan untuk semua terapis spa supaya sentiasa patuhi undang-undang dan syarat yang telah ditetapkan oleh TWB.

Melalui cara ini, Modul TWB adalah hak cipta terpelihara dan sangat exclusive yang tidak boleh dicetak rompak oleh mana-mana pusat kecantikan yang menyediakan rawatan penjagaan berpantang dan selepas bersalin.

 

7. Kursus penjagaan Berpantang TWB lebih menarik dan Efficient

Antara kursus penjagaan berpantang TWB yang akan diberikan sepanjang kursus Penjagaan berpantang dan penjagaan bersalin ialah:

  1. Urutan Tradisional
  2. Rawatan Selepas Bersalin
  3. Cara Bertungku
  4. Cara Sengkak yang tidak memudaratkan
  5. Cara bertangas kering dan basah
  6. Spa dan rawatan  bayi
  7. Cara Pembuatan Jamu
  8. Demonstrasi/ Praktis.

 

Pakej Berpantang TWB

Pakej Berpantang TWB : cara bertangas

8. Pakej Berpantang TWB menyediakan trend terkini dalam dunia Spa

 

  1. Lebih mudah bagi ibu-ibu bersalin yang mempunyai anak yang masih bersekolah.
  2. Ibu-ibu tidak lagi mahu menyusahkan ibubapa di kampung.
  3. Ibu-ibu boleh fokus untuk berehat setelah penat melahirkan dan tidak perlu memikirkan soal rumah kerana sudah diselesaikan oleh CL dengan penjagaan yang teliti dan rapi.
  4. Kekurangan bidan kampung terutama di kawasan bandar.
  5. Pulangan  modal yang sangat lumayan.

 

9. Pakej Berpantang TWB adalah latihan intensif dan bersijil

Penyediaan pekej berpantang TWB bukan sahaja menarik malah mempunyai sijil pengiktirafan kepada semua terapis spa.

 

10. Pakej Berpantang TWB mempunyai support group yang sangat kuat.

Support Group Pakej Berpantang TWB

Support Group Pakej Berpantang TWB

 

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada TWB members, saya sangat mengalu-alukan kedatangan anda ke kelab spa exclusive kami.
Hubungi saya untuk konsultasi Terapis Spa terbaik.

Nur Azura SID 1211475

Trusted SPA Trainer

Hubungi : 011-10753394

Email: azuraredhuan@gmail.com

Trainer Spa anda di kawasan Pekan, Kuantan dan Gambang

Rakan Kecantikan Anda

 

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at this Web is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di Web adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge