Benarkah Tiada Kesembuhan Bagi Penghidap Diabetis

Diabetis boleh dirawat

 

Kabur Penglihatan Adalah Petanda Awal Diabetis

Kabur Penglihatan Adalah Petanda Awal Diabetis

Benarkah Tiada Kesembuhan Bagi Penghidap Diabetis : Apakah itu Diabetis?

Benarkah Tiada Kesembuhan Bagi Penghidap Diabetis? Anda perlu faham bahawa diabetis terjadi adalah disebabkan oleh badan tidak cukup insulin untuk menukarkan glukose kepada tenaga. Peranan Insulin dalam badan sangat penting.

Apabila anda makan, badan anda akan menukarkan makanan kepada gula atau glukosa. pada masa ini, pankreas bertindak mengeluarkan rembesan insulin untuk melakukan kerja-kerja menukarkan glukose dalam bentuk tenaga.

Insulin berfungsi sebagai “kunci” untuk membuka sel-sel anda, supaya membenarkan glukosa untuk masuk dan menjalankan kerja-kerjanya.

Bagi penghidap diabetis, pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk memproses glukose dan menukarkannya dalam bentu tenaga.

Diabetis Type 1 lebih bahaya kerana bergantung sepenuhnya pada insulin. Diabetis type 1 ini kebiasaannya menyerang kanak-kanak dan remaja. Penghidap Diabetis Type 1 ini, pankreas mereka mempunyai masalah untuk menghasilkan insulin dan memerlukan insulin tambahan untuk membantu proses pecahan gula dalam bentuk tenaga.

Diabetis boleh dirawat

Kandungan gula yang tinggi boleh membahayakan pesakit

Kadar pengambilan insulin bergantung kepada gaya hidup, amalan pemakanan, kawalan stress, senaman, dan sebagainya. Insulin hanya boleh diambil pada kadar yang perlu sahaja. Jika terlalu banyak, maka badan anda membakar terlalu banyak glukosa dan gula dalam darah anda boleh menjadi terlalu rendah. Keadaan ini dipanggil hipoglisemia yang jika tidak dirawat, boleh berpotensi mengancam nyawa.

Jika anda mengambil insulin terlalu sedikit, badan akan mengalami kekurangan tenaga yang diperlukan, dan paras gula dalam darah akan meningkat terlalu tinggi. Keadaan ini dipanggil hiperglisemia dimana boleh meningkatkan peluang komplikasi jangka panjang.

Diabetis Type 2  dikenali sebagai ” fasa permulaan ” kencing manis, kerana ia biasanya berlaku selepas umur 35 tahun. Walau bagaimanapun, semakin banyak orang muda kini sedang membina diabetes type 2 ini.

diabetis

Diabetis fasa permulaan

Penghidap diabetis type 2 ini boleh menghasilkan beberapa insulin mereka sendiri. Mereka boleh hasilkan insulin itu sendiri tetapi insulin yang dihasilkan tidak cukup. Adakalanya berlaku rintangan insulin iaitu, insulin tidak dapat berfungsi pada masa-masa tertentu. Pankreas mengambil masa untuk menjana semula insulin yang telah digunakan. Pada masa ini berlaku rintangan insulin.

Selalunya, diabetis type 2 ini yang berkaitan dengan orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan, dengan gaya hidup yang tidak aktif. Rawatan pagi penghidap diabetis jenis ini ialah memberi tumpuan kepada diet dan senaman. Jika tahap gula dalam darah masih tinggi, ubat-ubatan oral digunakan untuk membantu badan menggunakan insulin sendiri dengan lebih cekap. Walaubagaimanapun, dalam beberapa kes, suntikan insulin diperlukan.

Bagaimana untuk mengetahui jika anda bakal mempunyai diabetis.

turunkan berat badan diabetis

Kawal berat badan anda

1. Obesiti atau lebihan berat badan

Kajian menunjukkan, penghidap diabetis mempunyai masalah untuk menerima arahan insulin. 80% masalah diabetis adalah berpunca daripada lebihan berat badan. Pengumpulan lemak berlebihan dalam badan menyebabkan insulin tidak boleh menjalankan tugasnya. Lemak yang berlebihan biasaya akan berkumpul dibahagian salur darah dan mengganggu pengaliran proses gula kepada tenaga.

2. Gaya hidup tidak aktif

Gaya hidup tidak aktif contohnya malas bersenam, tidur selepas makan, tidak gemar beriadah, makan sambil menonton televisyen dan sebagainya. Anda hanya berada dalam dunia anda sendiri dan tidak suka untuk bergaul.

3. Paras gula tinggi walaupun berpuasa.

Apabila anda berpuasa paras gula melebihi 5.6mmol/L. Situasi ini memberitahu bahawa insulin tidak mampu mengawal gula pada paras normal. Sekiranya berlaku sedemikian, anda harus berjaga-jaga kerana anda berada diambang diabetis.

4. HDL (kolestrol baik) rendah dibawah 1.1mmol/L bagi lelaki dan 1.5mmol/L bagi perempuan.

HDL rendah boleh meningkatkan resiko penyakit jantung yang juga mendorong kepada peringkat pra diabetis, HDL iaitu kolestrol yang baik diperlukan oleh badan supaya dapat meningkatkan fungsi insulin dalam badan.

5. Genetik

80% penghidap diabetis mempunyai sejarah keluarga diabetis.

6. Banyak mengambil makanan yang mempunyai Indeks Glisemik tinggi.

Indeks Glisemik menempatkan kedudukan kabohidrat berdasarkan impaknya pada paras gula dalam darah. Indeks Glisemik rendah memecahkan gula secara perlahan sambil membebaskan glukose ke dalam ke dalam sistem badan. Indeks Glisemik  rendah juga, amat penting untuk mengekalkan paras gula dalam darah. Makanan yang mempunyai Indeks Glisemik tinggi tidak baik untuk kesihatan kerana boleh meningkatkan paras gula dalam darah. Contoh makanan yang mempunyai Indeks Glisemik tinggi ialah nasi, mi kuning, roti, makanan segera, dan sebagainya.

12 Tanda-tanda awal penghidap diabetis

  1. Badan menjadi letih dan lesu
  2. Kerap bangun buang air kecil pada waktu malam
  3. Penglihatan kabur
  4. Kerap haus
  5. Lelah
  6. Kulit kering
  7. Penyembuhan luka yang lama
  8. Rasa kebas kaki dan tangan
  9. Rasa lapar berlebihan dan ada kalanya sehingga menggigil
  10. Infeksi kulit
  11. Sakit kepala
  12. Penurunan berat badan yang drastik

10 Langkah penjagaan awal bagi penghidap diabetis

  1. Cek kadar gula anda
  2. Amalkan pemakanan seimbang
  3. Tingkatkan senaman dan aktiviti riadah
  4. Kurangkan kadar pengambilan gula
  5. Turunkan berat badan
  6. Amalkan suplemen
  7. Kerap berjumpa doktor
  8. Amalkan minum air putih yang banyak
  9. Amalkan sayuran hijau yang dimakan mentah
  10. Segara dapatkan rawatan sekiranya terdapat perubahan pada diri.

Pengalaman berhadapan dengan mak yang merupakan seorang penghidap diabetis tegar.

Ibu saya menghidap diabetis type 1 hampir 30 tahun. sepanjang tempoh ini saya melihat ibu terpaksa melalui hari-harinya sebagai peghidap diabetis dengan rutin yang sama. Ibu sudah lali dan seolah-olah tiada penyelesaiannya terhadap masalahnya.

Sebagai anak apalah yang saya boleh bantu supaya ibu menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain. Setiap hari saya melihat ibu makan ubat hospital. Ditelannya tanpa rasa jemu, seperti sedang mengunyah kekacang. Patuh pada jadual pemakanan ubat dan begitulah keadaan setiap hari tiada perubahan. Ubat yang ibu ambil hanya sekadar bertahan sahaja.

Saya nak mak sembuh. Saya yakin mesti ada jalan penyelesaiannya. Saya mencadangkan Set Penjagaan Diabetis Shaklee kepada mak. Pada masa ini, semua pihak menentang termasuk mak sendiri. Pujukan semakin sukar apabila ada campur tangan adik beradik.

Saya cekalkan hati minta mak cuba terlebih dahulu dengan kos perbelajaan untuk membeli set diabetis saya tanggung pada peringkat permulaan. Mak bersetuju tanpa syarat.

Saya memberi mak jadual pemakanan suplemen dan jadual pemakanan harian. Mulai hari ini rutin mak sebagai seorang diabetis berubah 100%. Pada minggu pertama, mak rasa bosan dan dah malas nak teruskan. Ingat, kita kena sabar melayan kerenah orang tua yang adakalanya seperti kanak-kanak. Yang penting misi untuk mak sihat tercapai.

Klik siri ini untuk melihat bacaan gula mak diambil secara live dan mengetahui kisah perjalanan diabetis mak. Mak bukan sahaja ada diabetis malah ada protein dalam urin.

Jenis Suplemen yang mak ambil untuk mengurangkan rintangan diabetis.

Amalan yang mak lakukan untuk membantu menurunkan paras gula mak ialah

  1. Bersenam dipersekitaran rumah seperti menyiram pokok, cabut rumput, petik sayur, jemur kain dan sebagainya.
  2. Jaga pemakanan. Mak ikut jadual pemakanan dan menu yang sesuai bagi pesakit diabetis.
  3. Mak amalkan suplemen Shaklee untuk kesihatan mak yang menyeluruh.
  4. Mak jaga tidur dan mendapatkan rehat dengan tidur lenyak tanpa gangguan.
  5. Mak say no to sugar

Nak tahu suplemen apa yang mak amalkan ? Jom kita baca cerita ini Kisah Suplemen Diabetis mak

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan dan kecantikan anda boleh segera mendapatkan khidmat konsultasi daripada saya secara percuma. Produk Shaklee menambah nilai pada kesihatan dan kecantikan secara semulajadi. Jadilah sebahagian daripada ahli kami yang berdaftar secara sah.

Nur Azura SID 1211475

Trusted Shaklee Indepandent Distributor

Hubungi : 011-10753394

Pengedar sah Shaklee Pekan

Rakan Kecantikan Anda

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at this Web is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di Web adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge