Kerjaya Home Spa Paling Sesuai Untuk Surirumah Tambah Pendapatan Keluarga

Home Spa

Selamat tahun baru semua. Semoga tahun ini mejadi lebih cemerlang dan gemilang berbanding tahun lepas. Jadikan hari lepas sebagai pengajaran, jadikan hari ini permulaan dan jadikan hari esok sebuah kejayaan.

Entri kali ini saya nak kongsikan tentang bagaimana kerjaya home spa paling sesuai untuk surirumah tambah pendapatan keluarga. 

Surirumah yang masih mencari-cari sebuah perniagaan yang sesuai untuk tambah pendapatan keluarga bolehlah mencuba perniagaan Home Spa secara sambilan.

Mengapa perniagaan Home Spa sangat sesuai untuk surirumah?

Home Spa adalah sangat fleksibel dari segi masa dan memang sangat sesuai untuk surirumah yang nak tambah pendapatan. Selain daripada fleksibel, Home Spa juga merupakan sebuah perniagaan yang mudah diurus dan tidak menelan kos puluhan ribu ringgit. 

Bagi surirumah yang ada anak kecil sudah tentu sukar untuk bergerak dan banyak komitmen yang perlu diuruskan terlebih dahulu. Oleh itu pilihan Home Spa amatlah bertepatan kerana surirumah boleh menjalankan perniagaan disamping mendapat pulangan yang lumayan tanpa meninggalkan anak-anak.

Apa yang seronoknya Home Spa ini ialah, kita boleh rancang masa kita untuk set date time booking Spa. Pastikan kerja rumah beres terlebih dahulu dan kita boleh jana pendapatan hanya dari rumah.

Home spa ini saya boleh simpulkan hanya satu perkataan sahaja iaitu JIMAT. Jimat dari segi modal permulaan kerana tidak perlukan modal yang besar. Jimat kos sewaan kedai. Jimat dari menanggung bebanan bil letrik. Jimat bayar gaji pekerja dan Jimatkan masa. Tidak perlu bayar upah jaga anak.

Home Spa juga mendapat permintaan yang tinggi dan sangat mudah untuk mendapat pulangan modal. Permintaan Home Spa yang tinggi disebabkan pada masa kini, tidak banyak kedai Spa muslimah yang benar-benar menjaga aurat. Bagi mereka yang sukakan privasi dan keselamatan, mereka akan memilih berspa di home spa.

Anak? Adakah anak kecil atau ramai anak menjadi faktor penghalang?

TIDAK kerana melalui perniagaan Home Spa ini, semua ahli dibimbing tentang pengurusan masa. Masa yang diperlukan untuk buat facial tidaklah begitu lama iaitu 1 jam sahaja. Dalam hal ini perlukan perbincangan dengan suami untuk kesejahteraan bersama.

 

Inilah antara salah satu sebab Home Spa menjadi trending. Sambil berspa customer, baby tidur lena

Inilah antara salah satu sebab Home Spa menjadi trending. Sambil berspa customer, baby tidur lena

Bagaimana untuk menyediakan Home Spa? Dan adakah hiasan Home Spa memerlukan pembaziran?

Hiasan Home Spa sangat mudah dan simple. Jangan pening kepala. Kos hiasan Home Spa tidak perlu bermewah-mewah. Jangan rendah diri dengan apa yang kita ada. Customer yang datang kebanyakkanya terlena selepas dibelai wajah.

Mereka tak sempat nak belek bilik spa kita. Jadi tak perlu risau, kualiti yang paling dititikberatkan ialah skill spa kita. Set bilik Spa dengan menggunakan apa yang ada ditangan sahaja. Customer akan repeat jika servis spa kita sangat bagus.

Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh baca 50 persoalan Spa terungkai.

 

Hiasan Home Spa

Hiasan Home Spa yang simple dan menarik

 

Adakah Home Spa menjanjikan pulangan yang lumayan?

Ya, Perniagaan Home Spa sememangnya menjanjikan pulangan modal yang sangat lumayan. saya sendiri mempunyai lebih 100 orang pelanggan spa. Seorang saya kenakan cas sebanyak RM50. 100 x 50 = RM5k untuk hasil Spa sahaja. Klik sini untuk melihat customer spa saya. 

Spa dibawah bimbingan The Walking Beauty ini paling terbaik dan berkesan kerana kemahiran yang diajar tidak terdapat dimana-mana tempat kursus Spa.

Setiap peserta bukan sahaja diajar skill spa yang betul tetapi turut dibimbing cara untuk medapatkan customer spa.

 

7 Tips memilih kursus Home Spa yang terbaik ?

  1. Pilih tawaran kursus home spa yang berbaloi. Latihan intensif one to one.
  2. Pilih tawaran kursus home spa yang mempunyai pendapatan sepanjang hayat.
  3. Pilih tawaran kursus home spa yang ada testimoni mereka yang dah berjaya.
  4. Pilih tawaran kursus home spa yang mempunyai support group yang sentiasa memberi sokongan.
  5. Pilih tawaran kursus home spa yang mempunyai produk spa yang berkualiti dan diuji secara klinikal.
  6. Pilih tawaran kursus home spa yang tidak memerlukan kos puluhan ribu ringgit.
  7. Pilih tawaran kursus home spa yang mempunyai banyak permintaan.

Kesemua kriteria ini terdapat dalam Kursus Home Spa TWB Sahaja. 

 

Testimoni Mereka yang menghadiri kursus Home Spa The Walking Beauty

Testimoni Home Spa

Testimoni Home Spa

Testimoni Home Spa : Balik kampung pun masih boleh buat duit. 

 

Testimoni Home Spa

Testimoni Home Spa : Seronok dapat instant cash hari-hari

 

Testimoni Home Spa

Testimoni Home Spa: Ibu hamil paling seronok dapat jana income.

 

Testimoni Home Spa

Testimoni Home Spa : Customer ramai dan sentiasa mendapat permintaan. 

 

Testimoni  Home Spa

Testimoni Home Spa : Duit Spa boleh bantu dalam kecemasan

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Jika anda berminat untuk sertai sebahagian daripada team Spa kami, anda bolehlah terus menghubungi saya. InsyaAllah saya akan bantu anda dari zero to Hero

Nur Azura SID 1211475

Trusted Shaklee Indepandent Distributor

Hubungi : 011-10753394

Email: azuraredhuan@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee Pekan, Kuantan dan Gambang

Rakan Kecantikan Anda

 

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at this Web is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di Web adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge