Kisah Seram Kak Zura Naik Flight

Pengalaman Pertama Naik Flight Paling Seram

Bagi mereka yang selalu travel dan kerap naik flight pasti akan teruja dengan kisah Kak Zura ini dan pastinya cerita ini menjadi antara top story korang. Kak Zura sendiri sudah semestinya tidak akan melupakan kisah seram ini dan cerita ini disimpan dalam lipatan kemas hati Kak Zura.

Panjang ceritanya,

Kami sampai di KLIA 2 tepat jam 1.00 petang. Flight akan berlepas pukul 3.50 petang. Setibanya di KLIA 2, semua murid dan guru berkumpul. Kami menikmati lunch secara berjemaah sebelum naik flight. Selesai makan dan ke tandas untuk semua murid kami pun beratur menuju ke balai pelepas.

Beratur bagai keretapi putus gerabak. Murid berbaris sambil tercengang melihat suasana di sana. Posisi guru berada dihadapan, tengah, dan belakang. Kawalan ketat takut ada murid tercicir atau kena kipnap. Sedia maklum, kalau cikgu pun jakun apatah lagi murid. Sudah pastinya naik Flight juga adalah pengalaman pertama mereka.

Mata dipaksa bekerja keras sambil melihat murid dan mencari arah tujuan sebenar. Pada saat ini kuasa fokus sangat-sangat perlu. Memang awal pagi sebelum bergerak tu dah ambil bcompleks siap-siap supaya dapat mempersiapkan diri menempuhi keadaan stress.

Terpusing-pusing cari destinasi. Flight kami akan berlepas di pintu S. Naik lift sekian hal. Lift sentiasa penuh. Bayangkan keadaan kami dengan beg banyak, troli dan murid seramai 32 orang. Berpinar mata mencari pintu S. Gerabak keretapi yang berbaris sekejap putus sekejap sambung. Penatnya rasa, nak naik flight punya pasal.

Alhamdulillah jumpa pintu S.

Kami Diuji Lagi Sebelum Menikmati Naik Flight

Tadi kami diuji dengan suasana yang terlalu padat dengan manusia. Sekarang kami diuji lagi. Pegawai bertugas mengatakan kami dah lewat dan tak boleh masuk. Atas budi bicara, kami dibenarkan masuk. Baru masuk pintu kawalan dan pemeriksaan belum lagi nak masuk ke pintu flight. Punyalah lama beratur. Yelah kena cek sorang-sorang. Barisan kami pulak panjang berjela.

Dalam hati dup dap dup dap. Sempat ke tak.

Alhamdulillah, semua sudah diperiksa mengikut boarding pas dan identiti peribadi murid dan guru.

Ingatkan dah terselamat. Bolehlah lega dah nampak bayangan kapal terbang. Cis tanggapan itu meleset sama sekali. Rupanya lepas mulut rimau masuk mulut naga. Mulut rimau dah lepas ingat terselamat. Rupanya kena harungi mulut naga pulak. Mak aihhh, kat sini paling rasa tersiksa dan kepenatan mulai terasa. Tapi energy masih lagi full bar. Maklumlah sudah dicas dengan ESP.

Kali ni tiba di pintu nak masuk flight. Tali penghadang sudah ditutup dan ruangan menunggu kosong.

Bagaikan nak jatuh tersungkur rasanya, bila pegawai yang bertugas dah tak bagi kami masuk. Kapal terbang dah tutup pintu dan flight akan berlepas 5 minit lagi. Kalau ikut prosedur kami memang dah tak boleh masuk. Bayangkan jika kami tak boleh masuk, kami akan kerugian hampir RM4k.

Tapi yakin Allah pasti tolong. Kami guru dengan muka kesian bersama anak murid yang dah kepenatan kesemuanya. Sebaik mungkin cuba memujuk pegawai bertugas. Pegawai bertugas serba salah dan  terus menelefon kapten yang menjadi juru terbang ke Langkawi pada masa itu.

Ya Allah, ini buka rezeki kami tapi ini rezeki anak-anak Pendidikan Khas. Memang bertuah sangat dikelilingi anak-anak pendidikan khas ini. Kapten sanggup tunggu. Amazing. Ada ke kes kapten tunggu penumpang. Kami dibenarkan masuk. Semua murid dan beberapa guru bergegas masuk.

Kak Zura dan Mazida (PPM) masih menunggu pemeriksaan lagi sekali boarding pass dan kad pengenalan. Jadi kamilah orang paling last disaat-saat terakhir. Owhhh…tiada masa lagi. selesai sahaja diperiksa kami bergegas lari. Bayangkan Kak Zura lari bertempiaran macam kena kejar anjing. Angkat beg kiri kanan tangan dan tak tahu bagaimana boleh lari sekuat itu. Tanpa fikir ada cctv yang memerhati. Fuhh lega apabila sah berada di dalam perut kapal terbang.

Dalam kekalutan, teruja sat. “Yeay, akhirnya dapat jugak aku merasa naik kapal terbang”.

Lupa sekejap peristiwa kekalutan tadi, walaupun ketiak dibasahi peluh dan tercungap bagaikan lari pecut 100m, hati berbunga. Tersenyum penuh bermakna. mujur badan tak berbau hanget.

Kisah diperut kapal terbang rasanya macam diperut ikan yu. Seronok weh naik flight.

Murid jakun cara lain. Cikgu jakun cara lain. Kisah lucu dalam perut kapal terbang.

Baru boleh duduk dan bernafas lega. murid lebih eksited. Kak zura control tak nak bagi nampak jakun sangat. Kehangatan makin terasa. Mak aihh terbakar kalau duduk hangat dalam kapal terbang nih.

“Takde ekon ke” bola mata berpusing-pusing mencari ekon tapi tak jumpa. Pandang atas hanya ada lampu dan punat kecil. Apa pulak fungsi punat ni.

Ok rezeki, tiba-tiba orang putih duduk dibarisan hadapan buat sesuatu pada punat tersebut. Tangannya memusing-musingkan punat tersebut.

“mungkin ini punat ekon kot” dah tengok dia, kita pun apalagi, tiruvasilah. Owh ekon rupanya. Lega, barulah sejuk. Kak Zura terus pejamkan mata. Bukan mengantuk tapi takut. Terasa kapal terbang sedang memulakan penerbangan. Mata pejam sampailah kapal terbang mendarat.

Kekalutan naik flight bukan terhenti disini….mari kita sambung

Semua guru melepaskan anak murid terlebih dahulu. Tolong mereka turunkan barang dari kotak simpanan di bahagian atas kepala. Dalam suasana riuh rendah dengan murid…haaa cikgu zura pun terlupa untuk ambil laptop dia. Turun tangga kapal terbang dengan penuh bergaya, mujur tak terpleot. Berjalan berlenggang kangkung sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Fikiran kosong, mata tertumpu ke arah semua murid, dibilangnya satu-satu. Memang langsung tidak teringat akan laptop Acernya yang sudah uzur. Walaupun uzur banyak manfaat laptop itu. Terlalu besar jasanya. Benar-benar terlupa, rasanya macam bawak turun…entahlah.

Sebaik sahaja masuk ke perkarangan balai ketibaan, rileks je pergi solat dulu. Memang sah-sahlah tak sedar akan laptop itu.

Tersedar laptop tiada semasa beratur beramai-ramai menunggu ketibaan bas nak ke apartment.

Masa tu rasa nak meleleh air mata terus. Cadangan pegawai imegresen yang bertugas pada masa itu ialah laporkan terus kepada lost and found Air Asia.

Sistem Air Asia sungguh canggih. Apabila ada aduan kehilangan, terus mereka cek dalam sistem. Ambil laporan tentang isi perut yang ada dalam beg laptop.

Alhamdulillah dalam masa 20 minit sampai beg Laptopku.

Sepanjang Berada Di Langkawi

Sepanjang di Langkawi semua aktiviti berjalan lancar mengikut perancangan. Sepanjang berada di sana, semua murid dan guru gembira. Alhamdulillah tiada seorang pun mengalami kecederaan ataupun hilang. Mereka dikawal rapi oleh semua guru.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat, ibubapa penjaga dan juga suami guru yang turut sertai. Tanpa anda semua program seperti ini tidak dapat berjalan dengan jayanya.

Perjalanan balik sememangnya lebih teratut dan tersusun. Tidaklah sekalut perjalan semasa datang ke Langkawi.

Apa pun ini satu rombongan yang owhsem kak zura pernah lalui dan tak akan lupa sampai bila-bila.

 

sekian, Coretan Kak Zura

011-10753394

Your Trusted Shaklee Distributor

We Share From Our Heart

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge