Orang rabun Belajar SEO dan Teknik Meroketkan Blog

Kelas SEO mampu meroket blog

Pada 28 April 2017 saya orang yang rabun telah menghadiri kelas SEO dan taknik meroketkan blog oleh Master be Raihanah Ahmad.

Secara jujurnya saya bukanlah orang yang arif bab penulisan blog. Terpanggil untuk hadiri kelas Kak Anah disebabkan saya langsung tidak mengetahui selok belok tentang blog. Sekadar tulis tapi tidak tahu menggunakannnya.

Dalam team kami, Kak Anah merupakan orang yang expert dalam penulisan blog dan SEO. Blognya sentiasa berada pada page pertama google.

Berbaloi menghadiri kelas SEO ini. Saya ibarat sebiji gelas yang kosong kini sudah dipenuhi dengan air. Walaupun bukan penuh sampai melimpah tetapi saya dapat sesuatu menghadiri kelas SEO ini. Kak Anah tak lokek ilmu. Dicurahkan satu persatu kepada kami dengan begitu teliti.

Apa kaitannya dengan rabun? Hihi…..Rabun itu nak bagi sedap sedikit bunyinya. Kalau sebut buta agak kasar bunyinya. Kebetulan pakai cermin mata jadi aplikasi rabunlah. Saya memang buta IT dan perkara-perkara yang teknikal. Pendek kata otak tu memang otak kanan sepenuhnya. Perkara melibatkan teknikal, nombor, saintifik, coding dan logik saya jadi pening. Saya juga susah untuk terima perkara baru dalam hidup saya dengan drastik.

Untuk saya lebih faham, saya perlukan masa dan ruang untuk fahami dan teliti apa yang disampaikan. Ini bukan dunia saya, tapi saya ada keinginan untuk lakukannya dan saya yakin saya boleh buat.

Mencabar diri untuk keluar dari zon selesa dan buat apa yang kita tak pernah buat. saya ingat lagi kata-kata Dr. Azizan Osman “Orang berjaya, dia akan buat apa yang orang lain tak buat” dan “jika kamu nak berjaya, tirulah apa orang berjaya buat”

Saya korbankan Cuti Rehat Khas, menempuh perjalanan hampir 300km sehala untuk menghadiri kelas SEO yang sangat berharga ini. Segala penat lelah meredah kesesakkan, kesesatan dan kesibukan jalan raya bersama sahabat akhirnya kami sampai ke destinasi untuk menuntut ilmu.

Ternyata bayaran RM75 yang saya bayar itu jauh lebih murah jika dibandingkan dengan ilmu yang disampaikan bernilai lebih daripada RM75k.

Memang exclusive tau kelas SEO ni. Kepala otak Penuh giler. Berat beb nak bawak otak masatu. Otak tu kita tak nampak kan betapa beratnya dan mampatnya isian ilmu, mari lihat benda alah ni pun sampai tak larat nak bertahan. Cuba lihat benda ni pun tak tahan tau, sampai berkecai dibuatnya akibat panas sangat.

Rentung Terbakar

Amacam? Ada bran?

Berbaloikan kelas ni. Banyak sangat maklumat. Jadi betapa ruginya jika, sesiapa yang berada dekat dengan Kak Anah tak dapat hadir kelas SEO ni dan yang berada di Gompak p serbu Anah. Lepas tu jangan lupa belanja Kak Anah kasut 2-3 helai tudung Neelofa origenel.

InsyaAllah ilmu ini akan digunakan sebaik mungkin dan akan terus diaplikasi setiap hari supaya tidak lupa. Puas dapat belajar.

Jom kita layan gambar peserta kursus yang ala-ala kanak-kanak rebina selepas kelas SEO

Peserta Kursus  Kelas SEO

 

Peserta Kursus Kelas SEO

 

Riang ria kanak-kanak Kelas SEO

 

SEO BEST BOOMERANG KELAS SEO

 

BOOMERANG GEDIKS KELAS SEO

Ribuan terima kasih kepada kak Raihanah Ahmad kerana menganjurkan kelas yang sangat hebat ini. Terima kasih juga kepada master kami Master Nur Zahirah dan terima kasih kepada rakan-rakan yang sporting.

Syakilla Azam

Atif Amanina Sulaiman

Shye

Aisyah

Mizah

Kak Yus

Aziana

Mardiah

Fiqah

Semoga anda semua mendapat manfaat dari kisah ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Saya juga merupakan seorang pengedar sah Shaklee. Kepakaran saya adalah dalam bidang kesihatan dan kecantikan anda.

Jika terdapat sebarang persoalan berhubung kesihatan anda, saya sedia membantu dan memberikan khidmat konsultan kepada anda secara percuma.

Nur Azura SID 1211475

Trusted Shaklee Indepandent Distributor

Hubungi : 011-10753394

Pengedar sah Shaklee Pekan

Rakan Kecantikan Anda

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at this Web is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di Web adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

6 thoughts on “Orang rabun Belajar SEO dan Teknik Meroketkan Blog

  1. Nota Nutrisi says:

    Kelas SEO K. Anah memang best. Tapi lagi best dapat kenal K. Zura sebab lawak dan sempoi je 🙂

    1. azuraredhuan says:

      Tq iqa sudi baca. Best juga mengenali iqa.

  2. Wan Syahida says:

    Wahhh complete review! Oo baru saya tahu kak zura ni otak kanan. Patut la payah skit nak tangkap… tapi kekurangan boleh bertukar jadi kelebihan kalau kita asah sampai tajam.
    Wan Syahida recently posted…Punca dan Kesan Diabetes Semasa HamilMy Profile

    1. azuraredhuan says:

      Tq Shye sudi baca

  3. Raihanah says:

    Thanks zura sudi dtg kelas kak anah. Semoga bermanfaat
    Raihanah recently posted…Kelas SEO Legasi Anugerah Terindah Memang BestMy Profile

    1. azuraredhuan says:

      Kalau ada kelas lagi inform ye kak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge