Osteoporosis pembunuh senyap yang ramai orang tidak cakna

Osteoporosis pembunuh senyap yang ramai orang tidak cakna

Entry kali ini saya nak kongsikan tentang Osteoporosis pembunuh senyap yang ramai orang tidak cakna. Ramai orang yang tidak cakna dengan kesihatan tulang sehinggalah boleh berlakunya osteoporosis tanpa disedari.

Osteoporosis pembunuh senyap yang ramai orang tidak cakna : Apa itu Osteoporosis?

Osteoporosis adalah satu gangguan yang membuat tulang yang dahulunya kuat dan sihat menjadi rapuh dan lebih mudah terdedah kepada patah tulang.  Ia boleh mengubah individu yang sihat dan aktif menjadi lumpuh yang tidak berdaya.

Fraktur yang berkaitan dengan osteoporosis boleh mengakibatkan kecacatan, kesakitan, kehilangan mudah alih dan kebebasan, mengurangkan kualiti hidup dan juga kematian. Ia boleh menjejaskan sebarang tulang tetapi perhatian yang lebih serius adalah patah pinggang, tulang belakang dan pergelangan tangan.

Oleh sebab itu, Osteoporosis pembunuh senyap yang ramai orang tidak cakna kerana  Osteoporosis merupakan penyakit senyap, dan dalam diam merompak tulang tanpa sebarang gejala. Orang ramai boleh kehilangan tulang selama bertahun-tahun tetapi tidak tahu bahawa mereka mempunyai osteoporosis sehingga tulang retak dan patah.

Osteoporosis pembunuh senyap yang ramai orang tidak cakna : Pengalaman ayah mertua menghidap osteoporosis sangat mendebarkan. 

 

Osteoporosis pembunuh senyap yang ramai orang tidak cakna

Osteoporosis pembunuh senyap yang ramai orang tidak cakna

Ini ialah ayah mertua saya. Beliau baru menjalani pembedahan tulang punggung yang hancur berderai. Tulangnya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa menjalani pembedahan masuk besi.

Ayah mertua dimasukkan ke hospital selepas seminggu Ramadhan. Pada suatu petang, ayah mertua nak solat asar. Selepas dia ambil wuduk, dia nak salin kain dan kakinya tersandung menyebabkan dia terjatuh. nak diikutkan sikit je dia jatuh tu. Ayah jatuh dan terus tak boleh bangun. Dia sangat sakit. Ayah dibawa ke klinik kesihatan terlebih dahulu. Setelah pemeriksaan dibuat, ayah segera diminta di hantar ke hospital besar Kuantan.

Sesampainya dihospital Kuantan, kes ayah menjadi kes pertama kerana sangat kritikal. Setelah MRI dibuat, ayah menghidapi osteoporosis. Ramai yang bertanya, kenapa tidak pergi ke bomoh patah. Jangan bagi hospital masukkan besi, nanti jadi semakin parah.

Kami sebulat suara berpendapat, biarlah ayah mendapat rawatan dihospital sepenuhnya.

Osteoporosis pembunuh senyap yang ramai orang tidak cakna

Osteoporosis pembunuh senyap yang ramai orang tidak cakna : keasaan tulang punggung ayah yang hancur akibat jatuh.

Inilah keadaan tulang punggung ayah. Dalam keadaan begini, bolehkah kita mendapatkan khidmat bomoh untuk masukkan semula tulang? Ayah melalui saat-saat kritikal, spanjang keberadaannya di hospital.

Osteoporosis pembunuh senyap yang ramai orang tidak cakna

Osteoporosis pembunuh senyap yang ramai orang tidak cakna: Bahagian yang dipotong untuk masukkan besi. 

Baiklah mari kita selidik dengan lebih mendalam bagaimana Osteoporosis terjadi. Sebelum terjadinya osteoporosis, berlaku satu keadaan dimana disebut Osteopenia.

Osteopenia adalah istilah yang dipakai untuk menggambarkan kondisi peralihan tulang yang sihat menuju osteoporosis. Peralihan osteopenia menjadi osteoporosis juga sangat dipengaruhi oleh kesihatan dan kepadatan tulang saat orang tersebut masih muda atau sebelum ia memasuki usia 30 tahun.

Peringkat Osteoporosis

Peringkat Osteoporosis

Tulang secara alami menipis seiring bertambahnya usia seseorang. Hal ini kerana sel-sel tulang pada usia pertengahan lebih cepat diserap oleh tubuh berbanding pembuatan tulang baru. Tulang-tulang akan kehilangan mineral, beratnya ( massa tulang), dan struktur, sehingga membuat tulang melemah dan meningkatkan risiko tulang untuk patah.

Penderita osteopenia mungkin tidak mengalami tulang keropos. Secara semulajadi mereka memiliki kepadatan tulang yang lebih rendah. Osteopenia mungkin juga disebabkan oleh penyakit atau pengambilan ubat-ubatan. Wanita lebih berisiko menghadapi osteopenia berbanding lelaki kerana perubahan hormon apanila manopos.

Osteoporosis ialah berkurangnya kepadatan massa tulang. Akibatnya, kerapuhan tulang dan resiko patah tulang akan meningkat. Seringkali osteoporosis ini dikaitkan dengan tulang keropos atau penyakit tulang. Ingat formula ini semakin bertambah usia semakin berkurang massa tulang. Semakin berkurang massa tulang maknanya kita semakin menghampiri osteoporosis.

Penyebab penyakit osteoporosis secara umum terbagi menjadi dua kategori, yaitu penyebab osteoporosis primer dan sekunder. Penyebab osteoporosis primer adalah karena menopause dan usia lanjut. Penyebab sekunder antara lain adalah: ubatan, gangguan metabolisme, ketidakseimbangan gizi, penyerapan yang buruk, penyakit tulang sumsum, gangguan fungsi ginjal, penyakit paru kronis, cedera urat saraf tulang belakang dan pemindahan organ.

Terdapat 3 jenis Osteoporosis

  1. Osteoporosis postmenopausal : terjadi karena kurangnya hormon estrogen yang merupakan hormon utama pada wanita. Hormon estrogen ini membantu mengatur pengangkutan kalsium ke dalam tulang pada perempuan. Biasanya gejala seperti ini timbul pada wanita yang berusia antara 51 hingga 75 tahun, sekiranya manopos, pergerakan kalsium ke dalam tulang menjadi terbantut
  2. Osteoporosis senilis : kemungkinan merupakan akibat dari kekurangan kalsium yang berkaitan dengan usia.
  3. Osteoporosis juvenil idiopatik : Merupakan jenis osteoporosis yang penyebabnya tidak diketahui. Hal ini terjadi pada anak-anak dan dewasa muda yang memiliki kadar dan fungsi hormon normal, kadar vitamin yang normal, dan tidak memiliki penyebab yang jelas dari rapuhnya tulang. Pengeroposan tulang terjadi begitu saja tanda diketahui penyebab pastinya. Walau peluang untuk terjadinya kecil, osteoporosis juvenil idiopatik ini tidak mengenal usia penderitanya.

Proses Pembentukan Tulang

Untuk memahami bagaimana osteoporosis berlaku, kita perlu memahami proses pembentukan tulang. Binaan tulang bukan  seperti membina bangunan pencakar langit. Tulang sentiasa hidup dan sentiasa menjalani penggantian seperti setiap tisu lain di dalam badan anda.

Ia mempunyai kitaran empat bulan yang dikenali sebagai pembentukan semula. Pembentukan semula ia proses menghilangkan tulang lama dan menggantikan tulang baru. Ini berlaku di bahagian-bahagian tulang yang berlainan sepanjang masa.

Apa itu Osteosit , Osteoklas dan Osteoblas ?

Osteosit adalah sel yang membentuk tulang sendiri, mana osteoblas bertanggung jawab untuk pembentukan osteosit baru, dan osteoklas bertanggungjawab atas resorpsi (Resorpsi adalah proses asimilasi atau pemecahan. Pada tulang, resorpsi ialah pada pemecahan tulang oleh osteoklas yang mengakibatkan pelepasan kalsium dan fosfat (mineral tulang) ke dalam darah).

Semasa proses pembinaan tulang, di mana tulang-tulang lama telah dikeluarkan, dan osteoblas menjalankan tugasnya membentuk matriks protein yang terbuat dari kolagen. Struktur tulang dibina seperti jaringan labah-labah dimana pembentukan matriks protein akan bercantum menjadi jaringan tulang yang padat. Kalsium dan fosfat yang mengisi sekitar matriks kolagen dan tulang baru terbentuk. Kemudian tiga bulan kemudian, kitaran baru bermula.

Osteoporosis klinikal berlaku apabila pecahan tulang resorpsi oleh osteoklas melebihi kepadatan pemendapan tulang oleh osteoblas

Dengan demikian, di antara mereka, tiga jenis sel tulang mengatur pembentukan, kelangsungan, dan penghancuran tulang. Ini adalah proses yang konstan dan dilakukan setiap individu seumur hidup. Gangguan yang berkaitan dengan salah satu dari tiga ini adalah bencana bagi kesihatan tulang, karana ketiganya, bahkan osteoklas, sangat penting.

Cadangan Pemakanan Yang Baik Untuk Kesihatan Tulang

  1. Kurangkan memakan daging merah. Jangan jadikan daging merah sebagai hidangan utama.
  2. Kulit ayam yang dibuang dalam penyediaan makanan adalah lebih baik.
  3. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat halus dan gantikan dengan karbohidrat kompleks. Elakkan pengambilan gula dan alkohol.
  4. Elakkan makanan yang mempunyai bahan pengawet dan pewarna tiruan.
  5. Makan makanan yang kaya dengan nutrisi pembentukan tulang seperti, biji bunga matahari, biji labu, biji rami, bijan, alfalfa, kacang soya, dan lentils.
  6. Kumpulan kekacang seperti badam peanuts,walnuts, cashew nuts, and hazelnuts.
  7. Wholegrain seperti jagung, oat, gandum, bijirin dan sebagainya.
  8. Buah-buahan segar seperti avocado, mangga, betik, pisang, pear, tomato dan sebagainya.
  9. Sayuran hijau.
  10. Minum air yang banyak.
  11. Makanan yang berasaskan soya seperti tempe dan tahu.
  12. Makanan laut seperti ikan.
  13. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu.
  14. Pengambilan Suplemen yang berkualiti dan semulajadi.

 

Suplemen yang membantu dalam menyokong pembentukan tulang yang sihat.

Ada sesetengah pendapat mengatakan suplemen tidak penting dan tidak perlu diambil kerana sudah cukup sihat. Tahukah anda makanan yang kita makan hari-hari mempunyai penyusutan kualiti makanan yang sepatutnya diperlukan tubuh. Makanan yang dimasak biasanya mengalami penyusutan 20% kualiti khasiat sebenar. Contohnya, sayur mentah mempunyai kualiti khasiat yang lebih baik berbanding sayur yang sudah dimasak. Setiap hari makanan yang kita makan mempunyai pengurangan nutrisi keperluan badan. Atas sebab kekurangan nutrisi inilah kita perlukan suplemen untuk menyokong keperluan badan. Pilih suplemen yang ada ciri-ciri disenaraikan dibawah untuk kesihatan tulang yang lebih baik.

  1. Kalsium
  2. Kolagen
  3. Vitamin D
  4. Vitamin C
  5. Protein
  6. Vitamin k
  7. Minerals
  8. Megnesium
  9. Zink
  10. Manganese
  11. Copper
  12. Boron
  13. Buat pemeriksaan tulang (bone density test)

Gaya hidup yang sihat untuk tulang yang sihat

  1. Lakukan senaman setidak-tidaknya 30 minit sehari dan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Banyak cara kita boleh bersenam. Tak semestinya bersenam tu jogging semata-mata. Contohnya: berjalan, naik turun tangga, taichi, panjat gunung, golf, skipping, menari, aerobic, basuh kereta, sapu halaman rumah dan sebagainya
  2. Jauhi ROKOK
  3. Jauhi alkohol
  4. Kurangkan pengambilan perasa tinggi MSG dan garam seperti cheese, roti, makanan di dalam tin, susu full cream, salad dressing, daging, cereal, majerin, sausage dan sebagainya
  5. Gunakan Ubat-ubatan, suplemen dan cara tradisional dengan bijak.
  6. Pemakanan yang sihat
  7. Jangan melakukan senaman berat sehingga boleh mencederakan tulang.

Bagaimana Mengesan Osteoporosis?

Bone Mineral Density Test

Menguji kepadatan tulang. Teknologi dual x-ray  absorptiometry (DEXA) adalah teknologi yang paling sesuai digunakan. Teknologi ini khas digunakan untuk menguji kepadatan tulang yang menunjukkan bacaan paling tepat.

Siapa Yang Perlu Menjalani Bone Mineral Density Test?

  1. Wanita yang menuju ke arah menopos
  2. Pengambilan ubat steroids dalam jangka masa yang lama
  3. Mereka yang menjalani kimoterapi
  4. Wanita yang mempunyai masalah kitaran haid @ tidak datang haid dalam jangka masa 6 bulan
  5. Wanita yang postmenapouse
  6. Wanita yang menjalani pembuangan rahim
  7. Wanita dan lelaki yang mencecah usia 65 tahun
  8. Pesakit diabetis, hati dan buah pinggang sangat berisiko
  9. Masalah kelenjar tyrod
  10. Mereka yang sudah tahu Osteoporosis dan perlu pemeriksaan berkala supaya tahu tahap mana jumlah kepadan tulang (sentiasa berjaga-jaga)

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan dan kecantikan anda boleh segera mendapatkan khidmat konsultasi daripada saya secara percuma. Produk Shaklee menambah nilai pada kesihatan dan kecantikan secara semulajadi. Jadilah sebahagian daripada ahli kami yang berdaftar secara sah.

Nur Azura SID 1211475

Trusted Shaklee Indepandent Distributor

Hubungi : 011-10753394

Email: azuraredhuan@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee Pekan, Kuantan dan Gambang

Rakan Kecantikan Anda

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at this Web is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di Web adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge