Pakej Berpantang dan Rawatan Selepas Bersalin

Hai korang, ok entri blog kali ini saya akan kongsikan tentang pekej berpantang dan rawatan selepas bersalin. Penjagaan berpantang dan rawatan selepas bersalin sudah tidak dititikberatkan lagi kerana ramai wanita merasakan  rawatan seelpas bersalin ni renyah dan mengambil jalan singkat untuk tidak berpantang. Sebab tu kita tengok sekarang ramai ibu-ibu muda yang belum mencecah usia 30an sudah mengalami sakit-sakit badan selepas tempoh setahun melahirkan.

Berpantang dan rawatan selepas bersalin ini sangat-sangat perlu sebenarnya kerana selepas bersalin ibu-ibu akan mengalami proses penuaan yang sangat teruk akibat darah yang keluar terlalu banyak dan tekanan kepada urat badan.  Tubuh kita perlukan rawatan dan penjagaan rapi untuk pulih sepenuhnya. JIka amalan berpantang ini tidak di beri keutamaan, kita akan dapat rasa kesan penuaan yang amat dahsyat apabila pertambahan usia.

Berpantang dan penjagaan bersalin ni terbahagi kepada 2 kategori.

  1. Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional
  2. Berpantang dan penjagaan bersalin secara moden

 

Rawatan penjagaan berpantang dan bersalin secara tradisional

Berpantang secara tradisional seolah-olah dilupakan dan bukanlah menjadi tren terkini buat masa sekarang. Ramai yang menganggap rawatan penjagaan berpantang dan bersalin secara tradisional sangat merumitkan dan barang keperluan proses rawatan penjagaan berpantang dan bersalin sukar didapati terutamanya di bandar. Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional ini banyak manfaatnya dan membantu tubuh melalui proses penyembuhan yang cepat.

Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional terdiri daripada :

1. Berurut
Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : berurutr

Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : berurut

Berurut selepas bersalin sangat penting bertujuan untuk memberi keredaan pada urat yang tegang semasa proses mengandung dan melahirkan. Urutan juga dapat melancarkan perjalanan darah dan pelancaran susu ibu. Belaian dan sentuhan lembut mampu memberi kesembuhan segara kepada si ibu. Urutan boleh dilakukan bermulanya pada hari pertama atau mengikut keselesaan ibu.

2. Mandi air rebusan dedaun herba
Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : Mandi air rebusan dedaun

Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : Mandi air rebusan dedaun herba

Mandi air rebusan ini seelok-eloknya pada hari pertama selepas ibu pulang ke rumah. Air rebusan dedaun herba ini dapat memberi kesegaran, naik seri wajah dan dapat mengelakkan keletihan kepada ibu yang baru bersalin. Air rebusan dedaun herba ini harum baunya aromanya.

3. Pemakaian Bengkung
Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : Pemakaian Bengkung

Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : Pemakaian Bengkung

Pemakaian bengkung bertujuan untuk membantu mengempiskan perut, mengecutkan rahim dan merapatkan kembali bahagian keintiman yang telah regang dan longgar. Ibu bersalin secara normal boleh memakai bengkung manakala ibu bersalin secara czer boleh memakai bengkung bermula daripada atas pusat.

Berbengkung ini juga dapat mengetatkan kembali perut yang menggeleber semasa proses kehamilan. Ibu bolehlah memilih jenis bengkung yang bersesuaian dan terdapat banyak pilihan design mengikut citarasa.

4. Pemakaian pilis/param/tepel
Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : Pemakaian Pilis

Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : Pemakaian Pilis

Pilis ialah herba khas yang digunakan untuk disapukan pada dahi. Tujuan pemakaian pilis adalah untuk melancarkan perjalanan darah, meredakan pening kepala, menyegarkan mata, memberi keselesaan pada ubun, mengurangkan rasa pitam / gelap mata / pandangan kabur. Pemakaian pilis dikepala juga dapat mengelakkan ‘angin’ meroyan yang boleh menyebabkan tekanan emosi.

Param pula digunakan untuk sapuan seluruh badan kecuali kawasan payudara. Param dilakukan sebelum pemakaian bengkung. Param pula bertujuan untuk memberi kehangatan pada tubuh, mengelakkan angin masuk ke dalam badan, memberi kesegaran kulit dan menjaga kecantikan luaran kulit.

 

5. Bertangas basah / bertangas kering
Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : Bertangas

Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : Bertangas

Tangas ni sangat best. Saya memang kerap jugak bertangas. Tangas ni boleh dilakukan sendiri dirumah dan seelok-eloknya 2 kali sebulan. Bagi mereka selepas bersalin, tangas elok dilakukan semasa penutup berpantang.

Tujuan tangas adalah untuk mengecutkan rahim dan menguatkan otot vagina, mengurangkan bau badan dan bau yang kurang menyenangkan pada alat sulit, mengelakkan kegatalan, mengurangkan keputihan dan membantu pelancaran darah pada otot vagina.

 

6. Bertungku
Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : Bertungku

Berpantang dan penjagaan bersalin secara tradisional : Bertungku

Bertungku adalah salah satu cara untuk memecahkan darah beku selepas bersalin. Bertungku juga boleh membantu mengempiskan perut. Selain itu juga, bertungku dapat mengecutkan rahim dan melancarkan perjalanan darah.

Rawatan penjagaan berpantang dan bersalin secara Moden

Wanita berkerjaya dan duduk di kawasan bandar lebih gemar mengamalkan rawatan penjagaan bersalin secara moden kerana lebih mudah, cepat dan tidak merumitkan.

Ibu selepas bersalin sangat-sangat memerlukan keperluan nutrisi yang mencukupi bagi memastikan badan ibu sentiasa dalam keadaan SIHAT, BERTENAGA dan TIDAK MUDAH STRESS.

Set Berpantang Shaklee dan Set Hamil Shaklee adalah pelengkap kepada pekej rawatan penjagaan berpantang dan bersalin.

Set Berpantang dan Hamil Shaklee

Set Berpantang dan Hamil Shaklee

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada TWB members, saya sangat mengalu-alukan kedatangan anda ke kelab spa exclusive kami.
Hubungi saya untuk konsultasi Terapis Spa terbaik.

Nur Azura SID 1211475

Trusted SPA Trainer

Hubungi : 011-10753394

Email: azuraredhuan@gmail.com

Trainer Spa anda di kawasan Pekan, Kuantan dan Gambang

Rakan Kecantikan Anda

 

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at this Web is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di Web adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge