Pentingkah Suplement Untuk Kesihatan dan Kecergasan Lelaki ?

Suplemen dan lelaki

Enry kali ini saya lebih tertarik untuk berkongsi tentang Pentingkah Suplement Untuk Kesihatan dan kecergasan Lelaki ?. Selalunya bila disebut tentang dunia kecantikan mahupun dunia suplemen hampir 90% dimonopoli oleh wanita.

Lelaki makan Suplemen dikhuatiri menjadi lelaki lembut. Betul ke? Persepsi ini sangat tidak tepat sekali jika dikatakan suplemen boleh menjadikan lelaki lebih lembut.

 

Suplemen dan lelaki

Suplemen dan Lelaki

Lelaki lah orang yang paling penting sekali mengambil suplemen untuk kesihatannya. Terdapat beberapa fakta yang menyokong kajian menunjukkan lelaki cepat mati berbanding wanita. Masih belum terlambat untuk menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Risiko lelaki yang menyebabkan: Pentingkah Suplement Untuk Kesihatan dan Kecergasan Lelaki ?

1. Ketua Keluarga

Pentingkah Suplement Untuk Kesihatan dan Kecergasan Lelaki ?  kerana lelaki adalah ketua keluarga. Kesihatan ketua keluarga perlu diberi perhatian sepenuhnya supaya ketua keluarga sentiasa sihat dan bertenaga untuk melakukan rutin harian.

2. Terlalu banyak memikirkan masalah

Sebagai ketua keluarga, sudah tentunya orang lelakilah yang paling banyak memikirkan kesempurnaan untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Tambahan pula jika mereka ramai anak, lelaki sebagai ketua keluarga ini sudah pastinya akan membuat lebih kerja untuk menyara keluarga. Masalah yang timbul boleh menyebabkan stress dan boleh menjejaskan tahap kesihatan kaum lelaki.

3. Terdedah kepada radikal bebas

Orang lelaki tidak  terlepas daripada permasalahan radikal bebas. Radikal bebas masuk kedalam badan tanpa disedari melalui makanan, pencemaran udara, pencemaran asap, pencemaran air, asap rokok, sinaran UV dan sebagainya. Radikal bebas ini boleh mempengaruhi tahap kesihatan lelaki. Orang lelaki lebih terdedah kepada asap rokok yang sangat bahaya. Walaupun dia tidak merokok tetapi hampir 95% lelaki berkawan dengan mereka yang merokok. Sedutan 80% asap rokok lebih membahayakan kesihatan.

4. Kurang beriadah

Orang lelaki yang kerja lebih masa kebiasaanya kurang melakukan aktiviti riadah. Jika sempat pun mereka akan melakukan senaman pada sebelah malam. resiko senaman pada sebelah malam sangat membahayakan dan boleh menjejaskan kesihatan.

5. Pemakanan

Kurangnya kawalan terhadap pengambilan makanan juga mengundang kepada bahaya. Makan tidak mengikut masa yang betul dan makan diluar selalunya lebih kepada resiko tidak sihat. Pemakanan harian sangat penting untuk membantu kesihatan lelaki. Kesedaran terhadap kesihatan lelaki semakin berkurang ramai yang ambil sikap tidak cakna terhadap kesihatan.

Pentingnya Suplement Untuk Kesihatan Lelaki ialah

Pentingkah Suplement Untuk Kesihatan dan Kecergasan Lelaki ? Ada sesetengah pendapat mengatakan suplemen tidak penting untuk lelaki dan tidak perlu diambil kerana sudah cukup sihat. Tahukah anda makanan yang kita makan hari-hari mempunyai penyusutan kualiti makanan yang sepatutnya diperlukan tubuh. Makanan yang dimasak biasanya mengalami penyusutan 20% kualiti khasiat sebenar. Contohnya, sayur mentah mempunyai kualiti khasiat yang lebih baik berbanding sayur yang sudah dimasak. Setiap hari makanan yang kita makan

1.  Meningkatkan daya tahan tubuh

Lelaki sangat mudah terdedah kepada penyakit. Kita sebagai ketua keluarga kena sihat dan sentiasa cergas. Kita kena bekerja untuk membantu keluarga. Kalau kita asyik tak sihat, macam mana kita boleh beri perkhidmatan yang baik untuk kerja dan keluarga.

2. Mengawal stress

Suplemen amat-amat membantu dalam pengurusan stress. Itu yang abam rasa lah. Perkara ni sangat subjektif, hanya yang pernah makan suplemen sahaja tahu resultnya. Sangat-sangat membantu. Stress juga pembunuh dalam diam. Stress tempat kerja, stress dengan bos, stress diri sendiri dan balik rumah pun stress. Suplemen memang membantu.

3. Melengkapkan nutrisi badan

Bab ni paling best, Suplemen bantu melengkapkan nutrisi badan. Abam pernah idam nak dapat badan yang ketak-ketak. Tapi tak nak lah ketaknya pelik sangat. Untuk dapatkan badan yang ketak-ketak pemakanan sangat penting. Salah satu rahsianya kena makan telur kuning mentah.

4. Memulih dan memulihara kesihatan

Gaya hidup  yang kurang bergerak dan tidak aktif menyebabkan mereka berpotensi untuk mendapat penyakit yang menjejaskan kesihatan. Makanan tambahan bertindak sebagai makanan yang berfungsi yang wajib diambil kerana mengandungi makanan lengkap pada asasnya seperti protein, vitamin, kalsium, magnasium, karbohidrat, organik, enzim dan sebagainya diperlukan tubuh. Unsur-unsur ini dapat membantu memulihkan kesihtan lelaki.

5. Menyaktoksin dalam badan

Kerosakan tisu-tisu badan dapat dikurangkan dengan pengambilan suplemen yang mampu menyahtoksin. Toksin dalam badan amat berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan dalam sel badan. Toksin yang banyak dalam badan boleh mengganggu kefungsian lelaki seperti kurang tertarik terhadap hubungan seksual bersama isteri, sentiasa letih, tidak bermaya, sakit sendi, malas, mudah mengantuk, cepat marah, obesiti dan emosi tidak stabil. Jadi suplemen ini sangat berfungsi untuk membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Jom kita ketahui toksin yang berbahaya yang ramai orang tidak tahu.

6. Mendapat berat badan yang ideal dan bentuk badan yang cantik

Lelaki juga perlu menjaga keterampilan bentuk badan yang sado. Sado ini ramai yang suka tetapi tak ramai yang tahu caranya. Ramai lelaki idamkan badan yang sado. Untuk memiliki bentuk badan yang menarik haruslah disokong dengan pengambilan suplemen. Contohnya pengambilan suplemen ESP sangat baik untuk membina otot lelaki. Protein yang cukup dan diperlukan badan membantu membina pertumbuhan otot, rambut dan kuku yang sihat.

7. Meningkatkan kemampuan kadar penyembuhan penyakit

Orang lelaki paling banyak terdedah dengan risiko berpenyakit terutamanya melibatkan pekerjaan yang memaksa mereka berada di lokasi merbahaya. Pengambilan suplemen dapat membantu mencuci darah, melindungi hati, menguatkan jantung dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.

8. Membantu meningkatkan kesuburan lelaki

Selain kaedah rawatan tradisional, Suplemen sangat-sangat membantu dalam proses kesuburan lelaki. Kesuburan disebabkan hormon yang tidak stabil dan hormon yang tidak stabil ini berpunca daripada masalah pemakanan, letih, stress, yang telah disubutkan. Hormon-hormon ini yang akan mempengaruhi kesihatan penghasilan telur yang berkualiti. Suplemen memang sangat membantu penghasilan hormon yang baik dan lebih berkualiti.

10 Tips bantu lelaki kekal cergas sepanjang hari.

  1. Amalkan gaya hidup yang sihat
  2. Jauhi rokok kerana rokok adalah punca hormon kesuburan lelaki terjejas
  3. Pemakanan yang seimbang
  4. Bersenam atau beriadah sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  5. Elakkan memakan makanan segera
  6. Lakukan detoks sekurang-kurangnya sebulan sekali
  7. Pemeriksaan kesihatan secara berkala
  8. Banyakkan minum air putih
  9. Jauhi minuman bergas dan makanan tinggi kandungan MSG.
  10. Elakkan stress ditempat kerja

Pentingkah Suplement Untuk Kesihatan dan Kecergasan Lelaki ?: Vitamin asas yang diperlukan untuk kesihatan dan kecergasan lelaki.

1. ESP

ESP bantu kesihatan lelaki

ESP bantu kesihatan lelaki

ESP Bantu dalam membina sel baru. Sel kulit akan mati pada setiap kitaran 28 hari. ESP sangat penting dalam kesihatan lelaki kerana membantu pertumbuhan otot, kulit dan kuku yang sihat.  Protien sangat membantu pertumbuhan sel yang lebih cantik dan sihat. ESP miliki protien terbaik keperluan badan dan menghasilkan 9 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Makanan asas kepada sel ialah protein. Jika badan tidak cukup Protein, sel baru yang keluar juga tidak sihat. Esp juga membantu memberi tenaga yang berpanjangan. Sesuai untuk lelaki yang memerlukan banyak tenaga untuk melakukan aktiviti berpanjangan.

2. Vitamin C

Vitamin C bantu Kesihatan lelaki

Vitamin C bantu Kesihatan lelaki

Badan kita perlukan vitamin C untuk meningkatkan sistem immune. Kiranya vitamin C ini sebagai Pahlawan perkasa dalam badan kita untuk menenteng musuh. Vitamin C bantu sediakan benteng pertahanan yang kukuh untuk menepis musuh yang datang. Vitamin C juga membantu menghasilkan kolagen dalam badan. Lelaki pun kena floles tau, baru encem.

3. Vitalea

Vitalea bantu kesihatan lelaki

Vitalea bantu kesihatan lelaki

Vitalea ni multivitamin  yang lengkap untuk keperluan seharian badan. Vitalea juga merupakan makanan kepada sel.  Sel adalah benda hidup  yang perlukan makanan. Sekiranya Sel tidak cukup makan, sel tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Sudah tentu sel tidak sihat dan lemah. Sel juga boleh mempengaruhi tahap kecergasan seseorang.

4. B Complex

B-Compleks bantu kesihatan lelaki

B-Complex bantu kesihatan lelaki

Sel kita ni bergerak. Nak buat kerja apa-apa pun kita perlu gerakkan badan kita. Sebab tu ia perlukan tenaga. B compleks ni macam spark plug , yang bantu penukaran makanan kepada tenaga. Perumpamaannya, macam nak start enjin kereta, Spark plug penting untuk mudahkan kereta tu bergerak elok. Kalau makanan tak ditukar kepada tenaga dengan efisen, ia boleh kekal dalam badan dan jadi lemak pulak. Sebab tu B compleks ni penting untuk menggerakkan enjin kaum lelaki.

5. Omegaguard

Omega Guard bantu kesihatan lelaki

Omega Guard bantu kesihatan lelaki

Omega Guard sangat tinggi dengan DHA & EPA. Omega 3 ada dalam Omega Guard ni. Omega 3 bagus untuk otak, saluran darah, jantung, dan kesihatan menyeluruh supaya lancar sistem dalam badan. Orang amik Omega Guard ni bukan sekadar untuk kawal kolestrol tau. Ia jauh lebih dari itu. Lelaki perlukan Omega dalam diet seharian mereka.

Lelaki juga harus ambil tahu tentang keperluan dan tahap kesihatan mereka. Bahaya jika tidak cakna dengan kesihatan. Pilihan untuk hidup sihat ditangan anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan dan kecantikan anda boleh segera mendapatkan khidmat konsultasi daripada saya secara percuma. Produk Shaklee menambah nilai pada kesihatan dan kecantikan secara semulajadi. Jadilah sebahagian daripada ahli kami yang berdaftar secara sah.

Nur Azura SID 1211475

Trusted Shaklee Indepandent Distributor

Hubungi : 011-10753394

Email: azuraredhuan@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee Pekan

Rakan Kecantikan Anda

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at this Web is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di Web adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “Pentingkah Suplement Untuk Kesihatan dan Kecergasan Lelaki ?

  1. Wan Syahida says:

    Selalu orang ingat perempuan je kena amik supplement. Lelaki pun sama penting. Pendek kata tak kira jantina la.
    Wan Syahida recently posted…Pengalaman Travelog Saya Setakat IniMy Profile

    1. azuraredhuan says:

      Lelaki lebih penting ambil suplemen Shye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge