Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Entri kali ini saya nak kongsikan tentang Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap. Saya food lover. Saya jugak suka mencuba pelbagai jenis makanan dari negeri-negeri lain. Jika makanan itu sedap dan kena dengan tekak, saya akan belajar resepi tersebut dan ubah suai mengikut citarasa saya.

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Alhamdulillah suami memang suka makan nasi kerabu yang saya sediakan biarpun saya bukan orang pantai timur pior. Jom kita masak resepi yang simple dan mudah ini. Rasanya pasti sedap menjilat jari.

1. Penyediaan Nasi 

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Rendam daun bunga talang. Ambil airnya sahaja. Kemudian air itu digunakan untuk memasak nasi. Nasi di masak seperti biasa cuma jika sukakan aroma rempah korang boleh lah tambah daun limau purut, serai dan daun pandan.

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

2. Penyediaan kuah nasi kerabu

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Bahan-bahan untuk membuat kuah adalah dengan menggunakan cili kering (pastikan rebus dan buang biji lada), bawang, halia, asam keping dan bawang putih.

Bahan ini semua hendaklah diblender. Masukkan ke dalam kuali. Tanpa minyak ye korang.

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Titikkan serai dan masukkan asam keping.

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Kemudian masukkan santan pekat dan masak sampai pekat sedikit. Masukkan garam dan gula ikut citarasa. Saya tidak menggunakan ajinomoto.

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

3. Penyediaan Serunding Kelapa

. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat serunding ikan ialah,

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Goreng kelapa sampai keperangan

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Bahan-bahan serunding ikan ialah, Isi ikan yang telah direbus, bawang besar, halia, gula kerek, bawang putih, serai dan lada hitam.

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Kesemua bahan ini ditumbuk. Beza tau rasa bila dikisar, dihiris dan ditumbuk. Saya lebih mencadangkan kesemua bahan ini ditumbuk. Aromanya rasanya memang sedap. Siap tumbuk dan gaulkan semua bahan tadi sehingga sebati. Tambahkan garan dan gula kerek yang ditumbuk halus.

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Inilah rupa serunding ikan yang telah siap digaul.

4. Penyediaan Budu

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Makan nasi kerabu tanpa budu ibarat mandi tak basah. Budu adalah aksesori paling wajib mesti ada. Bahan-bahannya ialah budu, limau, cili kecil dan bawang. Bahan ini cuma perlu dihiris sahaja.

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Gaul sebati bahan-bahan tadi bersama budu. kemudian perahkan limau.

5. Penyediaan Ulam-Ulaman

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Pemilihan ulam mengikut citarasa masing-masing. Kak zura lebih selesa menggunakan kubis hijau, kubis purple, daun kunyit, bunga kantan, dan daun cekur. Basuh dan toskan terlebih dahulu. Kemudian hiris lumat mengikut citarasa sendiri.

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

6. Penyediaan lauk

Penyediaan lauk untuk dimakan dengan nasi kerabu ni ikut citarasa sendiri. macam saya hari ni saya nak makan nasi kerabu bersama ayam goreng celup tepung.

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

Telur masin adalah penyeri nasi kerabu.

Semoga perkongsian Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap ini bermanfaat kepada anda. Kongsikan supaya ia lebih bermanfaat dan berpanjangan.

Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan dan kecantikan anda boleh segera mendapatkan khidmat konsultasi daripada saya secara percuma. Produk Shaklee menambah nilai pada kesihatan dan kecantikan secara semulajadi. Jadilah sebahagian daripada ahli kami yang berdaftar secara sah.

Nur Azura SID 1211475

Trusted Shaklee Indepandent Distributor

Hubungi : 011-10753394

Email: azuraredhuan@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee Pekan

Rakan Kecantikan Anda

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at this Web is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di Web adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

2 thoughts on “Resepi Nasi Kerabu Simple dan Paling Sedap

  1. Hamizah says:

    Aduh sedapnya. Aduh sedapnya.

    1. azuraredhuan says:

      Cabaran Kurus ni Cik Jah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge