SET PENJAGAAN KULIT YOUTH DIREKA KHAS UNTUK KULIT WANITA ASIA

Set Penjagaan Kulit YOUTH

Sudahkah anda memiliki YOUTH? Bagi mereka yang teragak-agak untuk memiliki YOUTH, hari ini saya nak kongsikan tentang betapa hebatnya ciptaan YOUTH. Set penjagaan kulit YOUTH ini direka khas untuk kulit wanita asia. Perang YOUTH bermula dari kemasukannya pada Mac sehingga Mei ini tiada kesudahan dan dijangka berlarutan sebaik sahaja YOUTH sold out dan direstock semula.

Jadi, mari kita lihat apakah keunikan set penjagaan kulit YOUTH ini sehingga menjadi rebutan ribuan wanita. Rangkaian set penjagaan kulit YOUTH direka untuk memastikan dunia sekeliling melihat anda seperti anda melihat diri sendiri dengan memperbaharui sel-sel kulit supaya bertindak lebih muda.

Set Penjagaan Kulit YOUTH

Set Penjagaan Kulit YOUTH

Terlebih dahulu jom kita kenali apakah produk yang terdapat dalam set penjagaan kulit YOUTH. Rangkaian Set penjagaan kulit YOUTH terdiri daripada :

  1. YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
  2. YOUTH PERFECTING SKIN TONER
  3. YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER
  4. YOUTH ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM
  5. YOUTH RADIANCE C dan E
  6. YOUTH ACTIVATING SERUM

YOUTH adalah revolusi set penjagaan kulit berpaten dan dihasilkan dengan bukti kajian klinikal. Shaklee memberi jaminan 100% bahawa sesiapa sahaja wanita yang menggunakan YOUTH akan mengalami perubahan kulit yang lebih baik. Shaklee berani meletakkan 100% kerana set penjagaan kulit YOUTH ini telah melibatkan kajian selama 8 tahun.

Ini bukan overclaim tetapi ini adalah berdasarkan ujian yang telah dijalankan terhadap wanita asia daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Bukan itu sahaja malah mereka yang menggunakan YOUTH akan menampakkan perbezaan ketara seawal 8 minggu penggunaan dan result 2/3 wanita membuktikan mereka kelihatan 10 tahun lebih muda.

YOUTH berpaten ini terhasil adalah kerana wanita Asia khususnya mempunyai masalah-masalah kulit yang tidak dapat diatasi oleh lambakan produk kecantikan. Masalah kulit biasanya yang dihadapi ialah:

  • Kedutan dan garis-garis halus
  • Saiz pori-pori
  • Tona kulit
  • Kelembutan kulit
  • Tekstur kulit
  • Pigmentasi
  • Seri kulit
  • Kekenduran kulit

YOUTH membantu lebih ramai wanita mengatasi masalah kulit secara semulajadi dengan memberi nutrien kepada kulit. Kajian yang dijalankan terhadap permasalahan kulit ini menunjukkan keputusan klinikal tanpa kompromi iaitu 100% wanita telah dibuktikan secara klinikal memiliki mkulit yang kelihatan lebih muda dan 2/3 daripada wanita telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekat lebih muda.

Mengapa Set penjagaan kulit YOUTH direka khas sesuai untuk wanita asia.

  1. 100% Vegan (tumbuhan)
  2. Hipoelergenik
  3. Non-comedogenic
  4. Diuji oleh ahli dermatologi
  5. Diuji oleh oftalmologi
  6. Bebas daripada 1500 bahan kimia merbahaya
  7. Tidak diuji kepada haiwan

 

1. 100% Vegan ( tumbuhan semulajadi)

Asas kepada kulit cantik dan kelihatan muda adalah pembaharuan sel. Apabila semakin meningkat usia, pembaharuan sel menjadi perlahan dan kurang menghasilkan kolagen serta elastin. Set penjagaan kulit YOUTH complex yang dalam proses paten, dengan mengaktifkan protein YOUTH untuk menjana sel menghasilkan lebih kolagen dan elastin, untuk membantu kulit kelihatan lebih muda.

Inilah kuasa botanikal yang diformulasi dalam set penjagaan kulit YOUTH yang terdapat dalam YOUTH.

 

Apple stem cell

Apple Stem Cell

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulituntuk kelihatan lebih muda. Ia Juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit  kelihatan lebih berseri dan lembut.

Schisandra Chinensis

Schisandra Chinensis

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan keradangan kulit. Schisandra Chinensis sesuai untuk semua jenis kulit dan menyokong struktur kulit muda dengan vitamin semulajadi dan antioksida. 

Lotus Japonicus

Lotus Japonicus

Lotus Japonicus mengaktifkan protein YOUTH yang penting untuk penjanaan semula bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin, dan fibrilin. Gabungan Lotus Japonicus ini memberi lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit secara berstruktur.

 

Vital Repair Complex

Vital Repair Complex

Vital Repair+ Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Muscadine Grapes

Muscadine Grapes

Muscadine grape adalah untuk melindungi dan memperbaiki DNA sel dan dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin kulit

 

2. Hipoelergenik

Hipoelergenik ni bermaksud sekiranya kita menggunakan YOUTH, resiko keradangan pada kulit adalah sangat-sangat rendah. Kulit akan transform secara semulajadi TANPA penggelupasan, gatal, kemerahan, berbiji-biji dan kekeringan. Hipoelergenik ini diuji secara klinikal oleh pakar-pakar kulit antarabangsa. Kesan elergik pada kulit yang sememangnya sudah rosak dengan sangat-sangat rendah dan dalam keadaan terkawal. YOUTH juga bertindak secara lembut untuk mengatasi permasalahan kulit tanpa menjejaskan sel-sel kulit.

 

3. NON-Comedogenik

Comedo (atau comedone, jika lebih daripada satu) adalah sejenis jerawat, atau luka yang boleh terbentuk pada kulit anda. Jerawat berbeza mengikut penampilan dan tahap teruk jerawat.

Comedo, bentuk jerawat yang paling teruk, adalah hasil daripada liang yang tersumbat [sumber: American Academy of Dermatology]. Pori adalah lubang kecil di kulit anda yang boleh anda lihat apabila anda melihat dengan teliti, terutamanya dalam cermin pembesar. Saiz pori inilah menentukan dimana jerawat bermula. Apabila badan anda menghasilkan sebum yang berlebihan, ia boleh menggabungkan dengan sel-sel kulit mati dan  bakteria untuk menghasilkan jerawat dibawah pori.

Hasilnya adalah jerawat – comedo. Jika comedo ditutup pada permukaan kulit, ia dipanggil whitehead. Apabila ia terbuka di permukaan kulit, dan anda dapat melihat folikel yang dipasang dengan gelap oleh pembentukan melanin, ia dipanggil blackhead.

Oleh itu, set penjagaan kulit YOUTH bersifat tidak memerangkap dan tidak menyumbatkan liang pori. Fungsinya yang jelas membantu membersihkan dari dalam dan menutup saiz pori tanpa menyumbatkannya dengan bahan terlarang.

 

4. Diuji oleh dermatologi

Diuji oleh dermatologi bermaksud diuji secara klinikal dan proven oleh pakar-pakar kulit. Youth tiada kesan sampingan dan boleh dinikmati setiap lapisan masyarakat termasuk ibu mengandung. YOUTH juga TIDAK DIUJI KEPADA HAIWAN kerana tekstur kulit haiwan sangat berbeza dengan kulit manusia. YOUTH diuji 100% terhadap wanita yang mempunyai pelbagai latar belakang masalah kulit. kesan mereka yang menggunakan YOUTH ialah kulit lebih sihat dan kelihatan sedekat lebih muda.

 

5. Diuji oleh oftalmologi

Diuji oleh ahli oftalmologi ialah selamat untuk mata. Kita kadang-kadang tak dapat nak elak daripada terkena dikawasan mata bila kita membersihkan muka dengan cleanser, sapuan toner pada wajah, dan sapuan krim pada kulit muka. Mata adalah kawasan yang paling sensetif terhadap bahan kimia. Oleh itu, YOUTH diuji secara klinikal oleh pakar mata bahawa kandungan aktif dalam YOUTH adalah selamat untuk mata. Ini bukan bermakna korang boleh tenyeh semua sekitar mata, TETAPI sekiranya terkena dibahagian kawasan mata, ianya selamat dan tidak membahayakan.

 

6. Bebas daripada 1500 bahan kimia merbahaya

Sebahagian daripada 1500 bahan kimia yang diuji terhadap set penjagaan kulit YOUTH

Sebahagian daripada 1500 bahan kimia yang diuji terhadap set penjagaan kulit YOUTH

Antara sebahagian bahan kimia yang tidak digunakan dalam formulasi YOUTH complex.

  1. Lauril sulfat
  2. Pewangi sintetik
  3. Paraben
  4. Pengawet Foemaldehid
  5. Pengawet lain
  6. Minyak mineral/paraffin/petroleum
  7. Biji micro (plastik mikro)
  8. EDTA
  9. Ethanolamines
  10. Benzofenon
  11. Phthalates
  12. Merkuri
  13. Logam berat
  14. Garam Barium
  15. Pelarut
  16. Sebatian Berfluorin
  17. Tar arang
  18. Talkum
  19. Gluiten
  20. Linolin

 

7. YOUTH tidak diuji pada binatang

YOUTH skin care adalah selamat untuk semua planet bumi. YOUTH tidak diuji kepada haiwan kerana sistem badan manusia dan haiwan adalah tidak sama. YOUTH diuji terus kepada manusia untuk mendapatkan terus respon positif kulit terhadap bahan-bahan dalam YOUTH.

Jika mahu disenaraikan memang terlalu banyak bahan terlarang yang digunakan dalam dunia kecantikan. Bahan terlarang ini digunakan secara meluas tanpa disedari kerana tidak memberi kesan sampingan dalam masa terdekat tetapi mempunyai kesan jangka panjang terhadap kulit.

Kesemua produk YOUTH dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan selamat untuk manusia alam. Kajian terhadap YOUTH melebihi 350 bahan pencemar, racun perosak dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru sebanyak 3x ganda berbanding dengan yang diperlukan. Selain itu, juga Shaklee menjalankan 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan ianya selamat.

YOUTH Complex mampu tampilkan diri korang kelihatan sedekat lebih muda. Cuba YOUTH tanpa ragu-ragu kerana YOUTH adalah revolusi dunia kecantikan terkini yang 100% selamat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan dan kecantikan anda boleh segera mendapatkan khidmat konsultasi daripada saya secara percuma. Produk Shaklee menambah nilai pada kesihatan dan kecantikan secara semulajadi. Jadilah sebahagian daripada ahli kami yang berdaftar secara sah.
Hubungi saya untuk konsultasi YOUTH terbaik.

Nur Azura SID 1211475

Trusted Shaklee Indepandent Distributor

Hubungi : 011-10753394

Email: azuraredhuan@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee Pekan, Kuantan dan Gambang

Rakan Kecantikan Anda

 

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at this Web is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di Web adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge