TAWAN HATI SUAMI UNTUK BERBISNESS ONLINE

TAWAN HATI SUAMI SUPAYA SUAMI MUDAH MENYOKONG KITA BERBISNESS ONLINE.

Dalam keriuhan dan kegembiraan dapat sertai kelas LAT Tinju Retreat #1 By master Nur Zahirah dan Master Hafizan, rupa-rupanya ada diantara sahabat Kak Zura yang sedang terguris perasaannya. Badan dirumah tapi sebaliknya hati meronta-ronta untuk datang ke kelas menimba ilmu bersama rakan. Luluh hati bila suami tak izinkan. Diluah mati bapak, ditelan mati mak.

Dunia berbisness online ini memang mencabar dan perlukan kecekalan hati. Memang tak dapat dinafikan dalam berbisness online ini pasti sedikit sebanyak terdapat salah paham antara pasangan. Suami adalah orang yang paling sukar untuk faham dan menerima secara  terbuka. Adakalanya cara berbisness online ini boleh membawa kepada pergaduhan yang besar antara suami isteri. Dalam hal  ini, isteri kena bijak menangani isu ini untukt menawan hati suami supaya Si Dia menyokong kita 100% dalam berbisness online.

Syoknya berbinsnes online

Punca utama kemarahan suami apabila isteri berbisness online.

Ada banyak sebenarnya punca kemaharah suami apabila isterinya berbisness online. Dalam hal ini kita tidak boleh salahkan suami 100%. Suami tidak faham apa tugas kita sebenarnya, dan dia melihat sesuatu yang negatif tentang apa yang kita buat jika dia tidak faham.

5 Punca mendatangkan kemarahan suami

1. Isteri fokus 100% dengan berbisness online dan pengurusan rumah tangga yang tunggang langgang.

Rumahku, syurgaku. Bila rumah bersepah suami pun memandang rumah macam neraka. Bila pandangannya begini, ditambah pula syaitan yang menghasut maka terjadilah perang besar. Wahai  isteri, kita kena faham tugas dan perasaan suami. Cara kita yang tidak memperdulikan terlebih dahulu hal rumah tangga boleh menimbulkan kemarahan dan kebosanan suami. Atas sebab itu, kaum lelaki menjadi anti bila isterinya bergelar seorang wanita berbisness online. Rumah jangan cakapla, baju tinggi macam gunung kinabalu. Yang dah basuh dan belum basuh sama naik tingginya. Persekitaran rumah yang busuk dan hapak menyakitkan pandangan mata suami.

2. Isteri ralit berbisness online dan tidak memikirkan perut suami dan anak-anak.

Girls, dalam kita berbisness online, bab ini memang kena jaga. Jangan duduk menghadap telefon sampai dapur tak berasap. Mak Kak Zura pernah pesan, apa pun kita buat, kita kena ikat perut suami terlebih dahulu. Ikat macam mana? Ikat dengan masakan kita. Biar simple tapi sedap dan cukup mengenyangkan. kan dah ada dah papatah ” gendang gendut tali kecapi, kenyangb perut  suka hati” . Bila perut dia dan anak-anak kenyang, tidak timbullah #tag sentap #Isteriku pemalas. 

3. Tidak nampak hasil dalam berbisness online.

Bab ni memang parah, lebih parah apabila suami pertikaikan dan menimbulkan kemarahan. Duduk berjam-jam depan laptop, menghadap fon sampai nak terkeluar biji mata TETAPI hasilnya tiada. Bab pengurusan berbisness online ini isteri perlu bijak, jangan sampai terlajak syok sendiri. Suami nak kan sesuatu yang real, fakta dan objek dihadapannya. Selagi tak nampak keuntungan berkepuk-kepuk korang rasa dia nak senyum sampai telinga ke? Jadi, suami nampak bahawa berbisnes online ini membazir masa dan merugikan mereka sekeluarga.

4. Suami dan anak terabai kerana sibuk dengan berbisness online.

Tu dia, ni tahap paling sibuk la nih sampai tak toleh kiri kanan. Ibarat duduk kat planet marikh. AWAS, tindakan kamu boleh merosakkan 100% jawatan kamu sebagai ratu berbisness online. Bab ini ramai antara kita yang terlepas pandang. Pstttt…. “suami ni kan, makin tua makin manja”. Sila ingat ye pepatah ini. Suami nampak tak kisah tetapi mereka perlukan belaian dan perhatian sepenuhnya. Ni kalau pergi kerja pun stokin sebelah lain sebelaih lain….acaaner tu.

5. Tidak pandai mengurus masa dalam berbisness online

Masa sangat penting. setiap orang hanya ada 24 jam masa sehari. Masa tidak boleh diundur kembali. kalau 24 jam menghadap laptop dan pengurusan rumah tergendala macam mana suami nak redho dengan apa yang kita buat.

7 Tips tawan kembali hati suami dalam  berbisness online.

1. Sediakan Jadual Waktu

Sediakan jadual waktu pengurusan harian. Buat jadual waktu secara teratur supaya dapat menjalankan tugas kerja, rumah dan berbisnes online dengan lancar. Bila dah ada jadual, sila patuhi jadual waktu. Jadual waktu merupakan aset yang paling penting supaya kita tidak menerawang ke alam lain. Jika kita dapat bereskan kerja mengikut jadual, barulah suami  tidak marah jika kita buat perkara lain.

2. List To Do

Sediakan LIST TO DO. Pada malam hari, tulis perkara-perkara yang perlu dibuat esok dan mesti buat. List to do ini tampal di peti sejuk supaya kita tahu apa yang perlu dibuat selepas ini. LIst to do ini sangat penting supaya kita dapat guide line apa yang perlu dibuat, sudah dibuat dan yang belum buat. Jangan membazir masa kepada perkara yang tidak penting. Orang yang berbisness online perlu ada list to do ini untuk memudahkan kerjanya. Suami senyum je sepanjang hari sebab isterinya pandai mengurus masa.

3. Ikat Perut suami dan anak-anak

Pastikan dapur berasap. Part ini paling penting. Pastikan masak untuk suami dan anak-anak walaupun lauk itu simple sahaja. Bagi wanita kerjaya dan yang melakukan berbisness online ini, set masa masak dan nak masak apa setiap hari. Sediakan semua bumbu pada malam hari, supaya dapat menguruskan masa masak yang pendek. Bahan yang nak dimasak, potong siap-siap dan letakkan dalam peti sejuk. Masaklah untuk suami dan anak-anak walaupun hanya 1 hidangan telur dadar.

4. Penghargaan

Kita kena tunjukkan pada suami bahawa kita buka main-main dalam berbisnee online. Tunujjak pada suami yang kita dapat untung, kita dapat bonus dan hargailah mereka dengan gaji sampingan yang kita dapat. Contohnya belanja suami dan anak-anak makan ke, belanja isi minyak kereta dia sebab dia selalu tolong kita pos barang atau hadiahkan sesuatu yang berharga buat si dia dan anak-anak.

5. Kongsi Cerita

Kongsi apa sahaja yang kita buat dengan suami. Jangan membelakangkan dia dalam segala hal. Cerita sahaja walaupun sikit dan lama-lama suami akan faham tugas kita. Cerita tentang suka, duka, kejayaan, bahagia, customer dan sebagainya. Tujuannya supaya suami yakin dengan bisnes yang kita buat.

6. Berbincang

Komunikasi 2 hala sangat penting bagi mereka yang decide untuk berbisness online. Cari masa yang sesuai untuk berbincang dengan suami mengenai bisness yang kita sedang lakukan. Bincang dari segi pengurusan masa dan cara kawalan kerja rumah bagi yang tiada bibik. Agihkan tugas mengikut persetujuan suami dan bukannya dipaksa. Jika setuju boleh deal dan buat jadual bila suami perlu melaksanakan tugas tersebut. Cakap elok-elok mintak dia bantu kita supaya dapat meringankan sikit tugasan kita.

7. Puji

Kita pun kan…jangan lah asyik nak marah dan selalu tidak berpuas hati saja. Pujian sangat memainkan peranan penting dalam berbisness online. Kalau sesiapa yang suka marah-marah lepas ni boleh ubah sikap ye. Suami ni kan mudah saja tau, bila kita puji dia, dia semakin bersemangat nak buat. Jadi, bila dia dah tolong jemur baju, pujilah sikit walaupun hati sakit tengok dia jemur  baju. Cuba buat kalau tak percaya. Hari-hari dia nak tolong kita tau.

Selamat mencuba semua wanita. Pikat suami anda dengan tips yang kak zura kongsikan. InsyaAllah berkesan. Jangan kita syok sendiri berbisness online sampai ada hati-hati terluka.

Jika anda masih mencari bisnes yang paling sesuai untuk stabilkan ekonomi keluarga, kak zura cadangkan anda segera cuba Shaklee.

Kak Zura akan guide anda

~ Salam sayang~

Nur Azura Yusop

SID : 1211475

azuraredhuan@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge