Vitamin C Sustained Release Shaklee

Vitamin C Sustained Release Shaklee
Entri pada hari ini saya akan kongsikan tentang Vitamin C Sustained Release Shaklee.  Saya akan kongsikan apakan keunikan dan ke bestan Vitamin C Sustained Release Shaklee ni.
Vitamin C Sustained Release Shaklee

Vitamin C Sustained Release Shaklee

Inilah Vitamin C Sustained Release Shaklee. Satu botol mengandungi 180 biji. Setiap tablet vitamin C mengandungi persamaan Vitamin C dalam 7.5 biji buah Oren segar.
Maksudnya yang mudah faham macam ni,  nilai vitamin C dalam 7.5 biji buah oren tu bersamaan 1 tablet vitamin C. Best ke best? Terdapat banyak pilihan vitamin C dipasaran dan sukar untuk memilih vitamin C yang benar-benar berkualiti.

Kebaikan dan Keistimewaan Vitamin C 500 mg Shaklee 

 
Vitamin C Sustained Release Shaklee

Vitamin C Sustained Release Shaklee

 
Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vitamin C Sustained Release Shaklee dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan Vitamin C secara berterusan.
Vitamin C Sustained Release Shaklee yang semulajadi ini membantu menyediakan Vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
Selain itu , Vitamin C amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin .

Antaranya fungsi dan tugas Vitamin C

 
1. Membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
2. Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil Vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.
3. Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan Vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
4. Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need Vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan Vitamin C dan oleh kerana kekurangan Vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
5. Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan Vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil Vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing.

JOM KITA CONGAK MAHAL KE VITAMIN C NI? 

 
MANFAAT VITAMIN C SUSTAINED SHAKLEE YANG LAIN ADALAH :
Peningatan Sistem Imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
Memerangi kanser – Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
Mencantikkan Kulit – Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
Memperbaiki Insomnia – Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
Mengekalkan kolestrol sihat – ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

 

LAGI kelebihan Vitamin C Sustained Release Shaklee ?

  • Baik untuk imunisasi dan daya tahan badan
  • Mengurangkan simptom demam
  • Mengatasi masalah jerawat degil
  • Mengatasi masalah jerawat pasir dan nasi
  • Membantu kulit sensitif seperti eczema, resdung
  • Membantu penghasilan kolagen dalam tubuh
  • Mengurangkan kesan “sunburn”
  • Menjadikan kulit lebih gebu
  • Melembapkan kulit dari dalam
  • Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
  • Tona kulit menjadi lebih sekata
  • Mengurangkan penyakit selsema
  • Melindungi badan daripada radikal bebas
  • Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka
  • Merendahkan tekanan darah tinggi
  • Memastikan saluran darah mengembang dengan baik
  • Mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Membantu kelihatan lebih muda
  • Merendahkan paras insulin
  • Mengimbangkan sistem dalam badan
  • Membantu penghasilan dopatime dalam sistem saraf
  • Membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan
  • Menghalang terkena serangan jantung
  • Mengawal komplikasi diabetes
  • Mengawal kelemumur
  • Meningkatkan pertumbuhan rambut
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Menghasilkan rambut yang lebat
  • Melambatkan proses penuaan

Apakah KEISTIMEWAAN & PERBEZAAN  Vitamin C Sustained Release Shaklee

dengan Vitamin C lain yang ada di pasaran? 

Vitamin C pertama yang Semulajadi dan bertindak secara ‘Sustained Release’ atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan Vitamin C sentiasa disimpan dan berada dalam badan kita.
Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam dalam satu tablet.
Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan Vitamin C dengan lebih baik. 
Tiada pembaziran Vitamin C berlaku kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan. Kesan pengambilan vitamin juga bukanlah sekelip mata. Haruslah sabar dan konsisten dalam pengambilan, barulah kesan optimum dapat dirasai.

Vitamin C Sustained Realese Shaklee mengandungi ektrak Jagung? Kenapa Shaklee pilih Jagung?

 

Shaklee memilih jagung kerana sumber daripada jagung ini adalah yang terbaik. Uniknya sumber vitamin yang terdapat di dalam jagung tidak akan hilang atau berkurang khasiatnya walaupun dimasak, direbus, dan dibakar berbanding dengan buah-buahan yang lain yang biasanya cepat rosak
atau hilang atau berkurangan. Bestkan Vitamin C Sustained Realese Shaklee ni ?

Kebanyakan sumber vitamin C daripada buah-buahan Citrus tinggi dengan kandungan asid. Jika diambl secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.

Disebabkan itu para saintis Shaklee menggunakan ekstrak jagung untuk mengelak sakit perut, cirit-birit dan gastrik.

 

Antara Khasiat dan Kelebihan Jagung
  • Jagung kaya dengan vitamin A, iaitu asas untuk kulit dan penglihatan yang sihat.
  • Jagung boleh membantu mengatasi masalah penghadaman termasuk sembelit, kanser usus dan membantu mengurangkan risiko terkena kanser usus kerana jagung kaya dengan sumber fiber yang mana secawan jagung membekal hingga 18% keperluan fiber .
  • Jagung kaya dengan sumber vitamin B, iaituThiamin dan Niacin. Thiamine untuk mengekalkan saraf yang sihat dan Niacin mengatasi masalah kekurangan zat kepada badan sesorang.
  • Jagung juga membekal sumber vitamin E (antioksidan) yang sangat penting untuk membantu mencegah pelbagai jenis kanser, melambatkan proses penuaan, merendahkan paras kolesterol,melindungi badan dari pencemaran alam sekitar dan asap rokok, melindungi
    dari penyakit jantung dan strok dan lain-lain.
  • Jagung membekal Asid Panthithenic iaitu sumber vitamin yang membantu memetabolismekan karbohidrat, protein dan lemak.
  • Jagung membekalkan sebahagian besar keperluan Asid Folik kepada badan kita. Kekurangan asid folik terutama wanita mengandung akan meningkatkan risiko seseorang ibu melahirkan bayi dengan masalah neural tube. Malah bayi juga berisiko mengalami masalah kurang berat badan semasa dilahirkan dan ibu pula berisiko mendapat anemia.
  • Jagung turut membekal fosforus yang mana ia penting untuk kesihatan tulang dan buah pinggang. Magnesium pada jagung pula membantu mengekalkan kesihatan jantung dan menguatkan tulang.
  • Jagung mempunyai Phenolic Phytochemicals yang berfungsi untuk merendahkan paras gula dalam darah dan sangat membantu mengatasi tekanan darah tinggi.
Amaran !
  1. 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C.
  2. Keresahan atau stress akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C.
  3. Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan Vitamin C yang banyak.
  4. Terlebih dose Vitamin C melebihi 12 kapsul akan menyebabkan sedikit cirit-birit.
Adakah anda tahu ?

Manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C secara sendiri. Manusia dapat Vitamin C daripada sumber makanan yang mengandungi Vitamin C. Arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) Vitamin C setiap hari. No wonder lah kulit arnab cantik dan gebus kan.

Adakah Vitamin C memadai hanya dari buah?

Setiap hidangan buah-buahan, membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkapdalam masa 10 hari selepas buah itu masak ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum, mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

TESTIMONI VITAMIN C

 
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan dan kecantikan anda boleh segera mendapatkan khidmat konsultasi daripada saya secara percuma. Produk Shaklee menambah nilai pada kesihatan dan kecantikan secara semulajadi. Jadilah sebahagian daripada ahli kami yang berdaftar secara sah.

Nur Azura SID 1211475

Trusted Shaklee Indepandent Distributor

Hubungi : 011-10753394

Email: azuraredhuan@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee Pekan, Kuantan dan Gambang

Rakan Kecantikan Anda

 

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at this Web is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di Web adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

 

 

 

 

One thought on “Vitamin C Sustained Release Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge